ADSENSE

Selasa, 1 April 2014

Cucur Badak .... mana rupa badaknya?

Ada orang kata tempat duduk udang bukannya bertenggek di luar, sebaliknya letak di bahagian dalam cucur. Bila difikir-fikir apa kaitannya cucur badak dengan udang berteggek di luar atau duduk diam-diam dalam curu tak juga menjawab persoalan kenapa kuih ini dinamakan cucur badak? Mana rupa badaknya? Hodoh sangatkah rupa kuih ini macam bentuk badak? Siapa boleh jawab soalan cepu emas ini haaaa.... Lama dah Amie tak buat cucur badak selepas kali pertama DI SINI. Petang tadi angin rajin bertiup nyaman, akhirnya siapalah Cucur Badak dengan udang bertenggek di luar!


Resepi : Cucur Badak 
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1/2 kg keledek
1 1/2 cawan tepung gandum
udang segar secukupnya
minyak
garam / gula /perasa

Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering - rendam dan tumbuk kasar
7 biji cili kering - kisar
4 biji bawang putih - kisar
1 labu bawang besar - kisar
2 batang serai - kisar
2cm lengkuas
2cm halia
1 sudu jintan manis - kisar
1/2 sudu teh pati asam jawa

Cara:
1. Kupas ubi keledek dan rebus hingga empuk.
2. Gaul ubi keledek dengan tepung hingga sebati dan jadikan doh.
3. Untuk menyediakan intinya, panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar termasuk udang kering sehingga pecah minyak.
4. Masukkan pati asam jawa.
5. Masukkan kelapa parut, gula dan garam serta perasa pilihan.
6. Apabila agak kering bolehlah diangkat - Amie suka inti kelapa yang lembab basah sedikit.
7. Bulat-bulat doh mengikut saiz yang dikehendaki dan masukkan inti di tengahnya serta tutup kembali dengan sempurna.
8. Letakkan udang segar di atas doh tadi.
9. Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas sehingga kuning keemasan.
10. Sedia untuk dihidangkan 


Jadi.... ada sesiapa boleh jawab darimana asal usul Cucur Badak dapat nama?

8 ulasan:

Yana Shaiful berkata...

sedapnya..antara kuih kesukaan yana..puas ati klu bt sndiri kan kak..udang besar fresh lg..

Yana Shaiful berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Petak Bunga berkata...

cucur udang lag sesuai

mama sara nur berkata...

Assalam
Kuih lama ni, sedappp tp jarang makan
Suka bila intinya mnepati citarasa
Tu la pelik nmnya cucur badak tp ada udang kat luarnya he hee

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum amie..mmg mengancam nmpk cucur badak letak udang ni...huhu...

myda_ahmad berkata...

elok je udang kak amie bertenggek kt atas tu...x jatuh pun..hihihi

mamaAna berkata...

Assalamualaikum Amie...cucur badak nie memang kesukaan mama....tp mama suka buat sendiri kerana menepati citarasa .......
Mama suka buat banyak-banyak...sbb nanti boleh disejuk bekukan
Telio tenguk cucur badak Amie...terbelengko udangnya...hehehe

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie, sedsp tu cucur udang, mknan org lama. Hubby selalu jgk beli buat sarapan tp. pyhla nak jumpak yg ada udang bertenggek kat ataih dia. Soalan cepumas tu dr dulu smpai la ni takdak jawspan lg, amie, akak pun confused