ADSENSE

Jumaat, 28 Mac 2014

Pegedil Udang Sedap!

Selamat pagi semua.....
Dah sarapan ke belum? Jom jamu mata dengan Pegedil Udang di bawah ini.
Oh yaaa... sebelum menjamu selera, pastikan anda yang berminat untuk menyertai Amie's 1st Giveaway klik DI SINI untuk daftar nama sebagai peserta dan letak blog link sekali bagi memudahkan Amie membuat penilaian.
Untuk hadiah istimewa  dan tarikh tutup penyertaan,  sila klik DI SINI


Bonda kata.... pegedil pun boleh dijadikan hidangan untuk sarapan.
Sebelum ini Amie pernah buat Pegedil Udang DI SINI.


Resepi : Begedil @ Pegedel Udang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan kentang goreng yang telah dilenyek halus
1 cawan hirisan udang basah
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan hirisan daun bawang dan daun sup
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
sebiji telur
minyak

Bahan tumbuk:
1 sudu makan udang kering - rendam hingga kembang
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Masukkan kentang lenyek ke dalam mangkuk, disusuli dengan udang basah, bawang goreng, hirisan daun bawang dan daun sup serta perasa.
2. Gaul sebati dan kepal-kepalkan mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian bulatkan dan tekan hingga menjadi agak leper. Kemaskan bahagian tepinya supaya menjadi bulat dan rata.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
4. Sementara itu pecahkan sebiji telur dan pukul ringan.
5. Setelah minyak panas, masukkan salutkan begedil dengan telur dan terus goreng dengan api sederhana kuat. 
6. Goreng sehingga begedil masak atau kelihatan kuning kecoklatan.
7. Angkat dan toskan.


Kenapa suka sangat buat Pegedil Udang?
Sebaaaabbbb...... Pegedil Udang Sedap!

Tips: Jangan letak udang basah berlebihan sebab nanti air udang akan keluar menyebabkan kentang lenyek jadi lembik dan kemungkinan apabila digoreng, pegedil akan pecah!

5 ulasan:

Kakzakie berkata...

Memanglah boleh dijadikan sarapan ni Amie. Kalau kakak dapat makan macam itu aje pun boleh tak payah cecah apa-apa.

Sedap ni Amie:)

Suzana Ibrahim berkata...

nampak sedap la Amie,kalau saya boleh buat makan petang ,siang dan malam!

hazila berkata...

Menarik resepi ni. Nanti boleh cuba.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

ini fav anak2 MaDiHaA ni Amie... tapi ibunya lama sungguh tak buat...

LiNa_Pg berkata...

Sedapnya begedil udang..spesel ni..selalunya begedil daging atau ayam jer...cantik tul presentation..kale maler gitew