ADSENSE

Selasa, 29 Oktober 2013

Yang ringkas & mudah... Asam Rebus Ikan Gerut-Gerut

Kalau boleh Amie nak sediakan hidangan yang seringkas mungkin. Mudah dan sudah semestinya berkhasiat. Akhirnya.... terhidanglah menu yang ringkas dan mudah. Untuk tengahari ini .... Asam Rebus Ikan Gerut-Gerut.


Balik dari menghadiri kursus PBS tengahri tadi, Amie singgah di pasar dan terpikat pula dengan seekor ikan gerut-gerut seberat 1.2kg. Amie beli yang sudah siap dibuang sisik dan dikerat 6 bahagian. Sepanjang perjalanan ke rumah memang berangan nak goreng ikan ini dan kemudian buatkan tumisan lada. Dah sampai dapur lain pulak ceritanya.... he he eheh malas nak berlama-lama di dapur sebab kejap lagi Firdaus sampai. Nak main-main dengan Firdaus pulak. Akhirnya Amie masak  rebus-rebus.  Masukkan sajalah kepala dan telur ikan yang masih melekat di bahagian perutnya tu. Lauk semalam masih ada lagi, dan Amie cuma panaskan lebihan sayur dan ayam masak kicap.



Resepi : Asam Rebus Ikan Gerut-Gerut
Olahan  : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 keping ikan gerut-gerut
600ml air
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
2 biji tomato - belah 2
7 biji kacang panjang - patah-patahkan
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Masukkan air di  dalam periuk. Maukkan semua bahan kisar, serai dan asam gelugur.
2. Biarkan  masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan tenggiri dan masak lagi selama 5 minit. Kemudian masukkan  kacang panjang tomato.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.

8 ulasan:

Rozita berkata...

ikan gerut-gerut tu ikan apa? macamana rupanya? tak pernah dengar..

LiNa_Pg berkata...

Assalam kak amie, yang ringkas tp nampak sungguh menyelerakan.
Menu camni buat makan bertambah2

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

1st time dgq Nama ikan gituew
Jakunnn

asyifa mustaffa berkata...

cmne la rupa ikan tu sblom msak...x brapa tau nma ikan ni...

zila norazila berkata...

Aah kak cmne upanye ikn tu sblm dmsk?

Bbwana adienia berkata...

sedapnya makan ikan rebus..menu yang sihat..hehe..

mamaAna berkata...

Salam Amie....tak pernah pun dengar sebelum nie ikan gerut2 nie....Mungkin disini panggil nama lain kut ....Amie
Apa2 pun masakakn simple cam nie memang berselera....

Temuk berkata...

Assalam Amie'
Lamanya Ayah tak skodeng dapur Amie. Semoga sihat semuanya.

Masakan ikan gerut-gerut begitu pasti "seger"! Bagi Ayah, nasi berendam dalam kuahnya pun dah boleh memecut masuk ke usus. Ceria selalu!