ADSENSE

Khamis, 3 Oktober 2013

CERITA PANJANG TENTANG COKLAT : MARI KITA BERKENALAN DENGANNYA!


Cuba anda makan sedikit coklat. Bagaimana rasanya? Rasa manis dan lemak berkrim, bukan? Coklat berupaya mencetus reaksi positif pada tindakan kimia otak dan seterusnya memperbaiki 'mood' seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat sukar untuk digambarkan. 



Disebabkan kepercayaan karut, maka perasaan bersalah sering menghantui setiap kali menikmatinya. Coklat dianggap penyebab jerawat, menggemukkan, karies gigi, mengundang penyakit jantung dan sebagainya. Sebenarnya maklumat mengenai kesan negatif coklat ini tidak tepat. Tiada makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan selagi pengambilannya tidak berlebihan dan seimbang. Coklat bagus untuk kesihatan kerana ia mengandungi karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin. Malah, yang lebih istimewa tentang coklat ialah ia merupakan makanan segera yang kaya dengan sumber tenaga. Ia sesuai dijadikan bekalan kepada pendaki, pengembara dan yang seumpamanya.
Sumber: Variasi Dekorasi Coklat oleh Nor Aini Adnan

Sesetengah orang sukakannya sebagai minuman panas ataupun sebagai minuman sejuk dan ada pula yang gemarkan di dalam bentuk kek mewah.
Sumber : 500 Coklat oleh Lauren Floodgate

Dengan teksturnya yang halus, rasanya yang mengasyikkan dan aromanya yang lembut, coklat menjadi sumber yang penuh dengan rasa kemewahan dan digemari, juga digilai oleh hampir setiap orang di seluruh dunia. Coklat juga telah melepasi garisan sempadan geografi, budaya, agama, etnik, jantina dan usia. Yanyalah sesiapa jua, dari kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah waerga emas sekali pun, memang ramai yang menjadi peminatnya.
Sumber : Terokai Rahsia Coklat oleh Chef Amer Hamzah


Sejarah Coklat
Asal-usul coklat dikesan dari tamadun Maya dan Aztec kuno di Amerika Tengah yang menghasilkannya sebagai minuman berempah daripada biji koko. Penemuan Amerika oleh Columbus pada tahun 1492 menyebabkan berita ‘koko’ ini tersebar ke Dunia Lama. Penawanan Mexico pada tahun 1519 oleh Hernando Cortex, memungkinkan penghasilan coklat secara komersil. Kaum Indian Aztec menyediakan minuman suam disebut ‘chocolati’ yang bererti cecair suam. Minuman pahit ini dijadikan ‘santapan Tuhan’. Mulanya, orang Sepanyol tidak suka minuman ini tetapi menggemarinya apabila ditambah dengan gula dan rempah seperti vanila, kulit kayu manis dan dihidang panas. Minuman baru dan sofistikated ini amat digemari, dan golongan aristokrat Sepanyol mula menanam tumbuhan koko ini di koloni jajahan baru mereka serta menyimpan rahsia pembuatan coklat daripada pengetahuan dunia selama seabad!
Malangnya. Rahib Sepanyol yang memproses biji koko ini telah mendedahkan rahsia ini secara tidak sengaja dan coklat menjadi popular di serata Eropah sebagai minuman kesihatan dan seterusnya menggalakkan penubuhan banyak rumah coklat di Britain sekitar tahun 1657. Penciptaan mesin bertenaga stim telah menggantikan cara pengeluaran lama dengan cara pengeluaran baru secara besar-besaran buat pertama kalinya. Pada tahun 1730, harga coklat membolehkan ramai orang menikmatinya., dan pada tahun 1828, mesin koko dicipta dan telah meningkatkan kualiti minuman coklat dengan mengasingkan bahagian mentega koko, lemak yang biasa terdapat dalam biji koko. Proses ini meningkatkan perisa coklat menjadikannya kaya berlemak lagi enak.
Coklat mula dijadikan minuman ekslusif sehingga tahun 1847 apabila syarikat British, Fry and Sons memperkenalkan ‘makan coklat’, dan pada tahun 1876 di Vevey, Switzerland, Daniel Peter menemui cara menggabung coklat dan susu bagi menghasilkan cokat susu. Pada masa yang sama, serbuk koko Belanda yang lebih ringan dan mudah larut (dikenali sebagai proses Durch) daripada coklat dihasilkan menjadikannya lebih mudah dihadam,  berkhasiat dan ideal untuk kanak-kanak.

Jenis-Jenis Coklat
Terdapat pelbagai jenis coklat di pasaran. Antaranya termasuklah coklat putih, coklat susu, coklat biasa, coklat gelap, coklat tanpa pemanis dan seumpamanya. Koko dihasilkan dengan menggunakan kekacang koko atau biji koko ataupun campuran kedua-duanya. Komposisi campurannya, tempat asal koko, kaedah pembakaran dan proses penghasilan boleh memberi kesan pada perisa dan tekstur coklat itu.

Coklat Putih
Campuran mentega koko, gula, susu, emulsifier, vanila ada adakalanya perisa-perisa lain.  Coklat ini mempunyai rasa yang lembut dan berkrim. Sesetengah negara di Eropah tidak membenarkan ia digelar coklat kerana beranggapan ia bukan coklat tanpa koko pejal. Coklat yang dikatakan mengandungi gula yang tinggi dan tidak mengandungi pepejal koko dari koko liquor ini banyak digunakan dalam pembuatan kek, biskut dan roti.

Coklat Susu
Coklat ini paling popular dan menjadi pilihan industri konfeksi dan mengandungi sekurang-kurangnya 10% koko pejal, gula dan susu.

Coklat Biasa dan Coklat Gelap
Coklat Biasa mengandungi 35-40% koko pejal, manakala coklat gelap mengandungi 50% atau lebih koko pejal, bergantung pada jenama coklat tersebut. Kedua-dua jenis coklat ini lazim digunakan untuk masakan dan dimakan sebagai konfeksi.

Coklat Tanpa Pemanis
Coklat berperisa pahit yang pekat ini terdiri daripada 100% koko dan digunakan dalam masakan. Coklat jenis ini telah disepakati elok untuk kesihatan terutama untuk jantung.

Serbuk Koko
Dihasilkan apabila likur coklat diperah bagi mengasingkan mentega koko. Proses ini menghasilkan serbuk halus, berperisa pahit dan mudah larut. Dikenali sebagai serbuk koko semula jadi. Serbuk koko yang melalui pemprosesan Dutch, dirawat menggunakan alkali bagi meneutralkan kadar keasidannya. Ia mempunyai perasa yang lebih lembut dan kerap digunakan dalam masakan kerana ia tidak bertindak balas dengan soda bikarbonat.



Sumber Rujukan:
1. Variasi Dekorasi Coklat oleh Nor Aini Adnan
2. 500 Coklat oleh Lauren Floodgate
3. Terokai Rahsia Coklat oleh Chef Amer Hamzah

4 ulasan:

ummiross berkata...

Banyaknya info tentang coklat, bagus perkongsian ni Amie.

Yatie Mokhtar berkata...

Thanks Kak..byk info yang kita dapat pelajari pasal coklat ari ni...

sudipVSsenduk berkata...

saya suka dark coklat sbb rasanya yg pahit

Ummi berkata...

Assalamualaikum Amie...sedap nampak kek tu...indulgence eh... Suka makan kek coklat dan coklat semua...info coklat byk kan, tp akak bantai jer, hehee...tu pasal makin tembam... ^__^