ADSENSE

Selasa, 5 Mac 2013

Khabar Dari Lahad Datu

Assalamualaikum.
Dalam sehari, lebih 7 atau 8 kali Amie telefon Bonda di kampung kerana Bonda ingin mengetahui keadaan Amie di Lahad Datu. Malangnya, talian selalu terputus! Sebentar tadi Amie telefon Bonda lagi, dan Bonda tidak dapat menahan rasa sedih, Amie terdengar Bonda menangis teresak-esak.... bila Amie tanya... kenapa? Katanya .... Bonda sangat sedih menonton berita di televisyen, tentang 8 perwira negara yang gugur di medan perjuangan. Malangnya Amie tidak dapat meneruskan perbualan dengan Bonda kerana talian terputus kembali.

Tentu ramai yang telah dan sedang mengikuti segala perkembangan terkini mengenai pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu. Seawal jam 7.00 pagi serangan udara telah dilancarkan melalui jet pejuang TUDM dengan menggugurkan 3 butir bom sehingga gegarannya dapat dirasai oleh penduduk kampung di sekitar tempat kejadian. Tengahari kelmarin, sebaik sahaja Amie dan Encik Suami sampai di pintu pagar rumah setelah membeli sedikit keperluan di pasar yang terletak di seberang jalan raya utama di hadapan tempat kediaman kami, kami menyaksikan 6 buah kereta perisai sedang diusung di dalam trailer menuju arah ke bandar. Pagi tadi, Encik Suami hendak berurusan di bank, tetapi terpaksa membatalkan hasrat memandangkan jalan di bandar di tutup dan begitu juga stesyen - stesyen minyak yang juga ditutup seawal pukul 11 pagi. Hari ini sekolah masih ditutup! Nampaknya penduduk kampung berhampiran tempat kejadian terpaksa menyelamatkan diri sehelai sepinggang samada ke rumah saudara mara atau berkurung. 


Untuk lebih lanjut boleh klik DI SINI.

Marilah sama-sama berdoa untuk keselamatan para pejuang tanahair demi kedaulatan negara. Mereka lebih tahu apa yang patut dan tidak patut dilakukan untuk mencapai strategi perjuangan mereka. Setakat ini tiada nyawa yang terkorban dalam operasi serangan pagi tadi, namun begitu langkah berjaga-jaga tetap dilaksanakan untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana pihak musuh sentiasa menggunakan tipu helah dan pelbagai taktik kotor. Sebenarnya penceroboh tersebut bukan berada di satu lokasi, tetapi dipercayai berada di pelbagai daerah khususnya di pantai timur Sabah termasuk Sandakan, Kinabatangan, Kunak, dan Semporna. Bilangannya juga bukannya sedikit.... bagaimanapun pihak berkuasa lebih mengetahui mengapa mereka membuat kenyataan sedemikian, kerana tidak lain tidak bukan untuk mengawal dan menjamin ketenteraman awam supaya penduduk tidak terus berada dalam ketakutan.

21 ulasan:

lina_pg berkata...

Semoga peperangan ini dapat ditamatkan secepat mungkin...
Semoga Allah s.w.t melindungi saudara kita di Sabah.Buat kak Amie dan keluarga jaga keselamatan diri ya...

Sue @ Nenie berkata...

Sama-sama doakan keselamatan mereka di sana...Dan Kak Amie, jaga diri yaaaa...

fazianbatrisyia berkata...

Berdebar2 aje sejak tahu berita ni tempoh hari. Semoga semuanya baik2 shj & kemenangan di pihak kita. Moga dalam lindungan Allah jua bumi Malaysia ini...

ummiross berkata...

Amie sedih dengan 'pemergian' beberapa anggota tentera kita.
Semoga kemelut ini dapat diselesaiakan segera dan saudara kita di Sabah dan Lahad Datu khususnya akan kembali hidup dalam aman.

Amie sekeluarga jaga diri ye, ummi doakan semoga Allah sentiasa melindungi.

Zaitun berkata...

Semoga Allah melindungi pejuang yang bertugas dan diharap juga apa yang berlaku disana pulih seperti sediakala.

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

semoga segalanya dipermudahkan & pejuang2 kita dpt menjalankan tugas dgn selamat demi keselamatan negara & rakyatnya..

tumpang sedih & bersimpati dengan gugurnya pejuang2 negara kita.. semoga Allah tabahkan hati isteri & keluarga mereka yang terbabit..

madihaa doakan amie & keluarga serta semua sahabat di sana berada dlm keadaan selamat.. amin..

Suzana Ibrahim berkata...

saya sungguh bersimpati dengan peristiwa ini.harap2 semoga Amie dan keluarga sentiasa di lindungi olehNYA

Mamasya berkata...

Sedih melihat pejuang yg terkorban ...anak2 dan isteri serta keluarga yg ditinggalkan.jasa mrk begitu besar...moga dicucuri rahmat.
Semoga semuanya selesai dg baik dan pejuang yg bertugas dilindungi Allah begitu juga Amie sekeluarga & penduduk di sana dlm keadaan selamat.

MyraQhairel berkata...

semoga cepatla berakhir menda2 ni semua..tak sanggup tgk ahli keluarga yg kehilangan org tersayang...balik hanya menerima sebujur badan yg kaku...

rostina76 berkata...

salam Amie....sama2 kita berdoa semoga semua ni akan berakhir dgn segera tanpa melibatkan nyawa para pejuang kita juga penduduk setempat. Untuk AMie & keluarga serta semua warga LD & sekitar, semoga berada dalam lindungan ALLAH swt, amin3x....

Nurha berkata...

Semoga kak Amie sekeluarga selamat..sy pun risau dgn keluarga mertua sy di sana tapi jauh beribu2 kilometer dr tempat kejadian.Minta dijauhkan...Amin

victoria agumo berkata...

Salam kak amie..risau hati ni melihat perkembangan kat LD..mungkin sb saya org sabah maka perasaan ni cepat tersentuh. .negeriku diceroboh..bahkan tumpahnya darah para perwira demi mempertahankan negeri tercinta..terima kasih wira pertiwi..jasamu kukenang selamanya ..

tun_telani berkata...

Semoga Allah melindungi semua penduduk di sana.
Harap2 xberpanjangan dan penceroboh cepat berundur.

whitecappuccino berkata...

mmng keadaan ini amat membimbangkan.semoga keadaan akan kembali aman namun kira hanya tunggu dan lihat.

dari dapur nasya berkata...

jaga diri ya kak Amie sayang...

Asyifa Mustaffa berkata...

moga semunya selamat dan kembali pada keadan asalnya kak....

mama sara nur berkata...

Assalam K.amie
setiap masa tgk berita tentang perkhabaran disana. tgk kat fb pun mcm2 cerita jg.memang sedih dgn setuasi skrg ni kan
dari Sini kami berdoa semoga kembali mcm biasa
semoga smua dilindungi olehNya

Delima Zamrud berkata...

Semoga Amie sekeluarga selamat Amin...

Rohah berkata...

kak, mugo2 selamet yo...Amin..

Ena berkata...

Semoga semuanya kembali pulih..

kakinakl.com berkata...

semuga keadaan di sana kembali selamat..jaga diri yer aime