ADSENSE

Ahad, 3 Mac 2013

Kek Kukus Haw Flakes & Cranberry

Assalamualaikum.
Nampaknya hari ini  Amie puas betul tidur! Tidur petang pula tu! Maklumlah semenjak dua menjak ini siang malam duduk di rumah tak ke mana-mana. Bangun tidur perut terasa lapar pula. Teringat kek kukus yang Amie buat sambil sediakan hidangan tengahari tadi. Ha..... inilah hasilnya.




Resepi asalnya Kek Kukus Asam Manis daripada dapur Yatie Memories - Sinar Kehidupanku yang dipanjangkan dari dapur Ita Masam Manis. Amie sudah mencubanya untuk pertama kali pada minggu lepas, dan oleh kerana bahan yang digunakan pun masih ada dalam simpanan, jadi Amie teruskanlah projek mengukus kek ini untuk hidangan petang. Bagaimanapun memandangkan Amie hanya 40 gram kepingan haw flakes, jadi Amie tambah 60 gram cranberry kering. Amie pun turut melakukan sedikit penderhakaan dengan menambah beberapa titik pewarna merah jambu ke dalam adunan.


Bahan-Bahan:
  • 325 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • beberapa titik pewarna merah jambu
  • 100 gram kepingan asam manis ~ dipotong halus ( Amie gunakan 40 gram kepingan haw flakes dan 60 gram cranberry kering)

Cara- Caranya:

  1. Sediakan loyang berukuran 8x8x3 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
  3. Tambahkan esen vanilla dan pewarna merah jambu dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
  4. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
  5. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek masak dengan sempurna.
  6. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum dipotong dan dihidangkan. 

**Aluminium foil hendaklah disapukan mentega di permukaan yang hendak ditutup adunan. Maksudnya di sebelah bawah supaya kek tak melekat bila dah masak nanti. Selamat Mencuba. 



Esok.... sekolah kami ditutup! Harap keadaan akan segera kembali pulih seperti sedia kala.... tapi entahlah... memandangkan sudah merata tempat pencerobohan dilakukan!

17 ulasan:

Rohah berkata...

enak ei...pingin nyicipi jugak..

tun_telani berkata...

Sedap gebu nmpk kek nih.
Risau tun dgr, semoga selamat semuanya amiinn

ibh_sue berkata...

Kak Amie sedapnya. .
Semoga keadaan disana kembali pulih. Takut jg bila dgr berita ttg keadaan di sana.

Alia Laila berkata...

Waaa nampak gebu la kek ni :)

Nooriah Abdullah berkata...

nampak gebus kek kukus Amie ni teringin nak mencuba merasa tapi malas nak buat jugak haha

MulutPayau berkata...

Sedapnya....
Harap2 segalanya cepat pulih dan kembali seperti biasa....

whitecappuccino berkata...

semua kek amie buat wc terliur.harap keadaan segera pulih..bimbang !

ummiross berkata...

Fulamak, dari hari tu duk terliur kek kukus haw flakes, ni datang pulak yang ada cranberry,sungguh2 menggoda selera ni Amie.

Zaliedana berkata...

Assalam kak amie,rajinnyer akk mengukus kek..Nmpk moist n sdp jerk..sy tadi g soping duk igt nk bli cranberry kering tuh nk wat kek juga,tapi lupalah pula,huhu..Kak pasnih xleh wat kek dah kak,kna jimat telur pula,hihi..
Ape pun kan sy doakan keadaan kembali aman seperti sediakala..Take care ya kak..

rahel berkata...

Bikin jeles jak kek kukus ni...mau ambik dua slice jak buat sarapan esok...

faa.rosli berkata...

akak memang suka buat kek kukus kan? nampak gebuss je plak tu semuanya..hihi

CT Delima berkata...

As'salam Amie

ct doakan segalanya dilindungi dan bimbang juga dengan keadaan di sana.

menarik keknya dan cantik warna buat ct ingin merasa sama bersama secangkir teh Sabah :)

noname berkata...

Salam Amie, out-o-topic,doakan semuanya selamat & keadaan kembali spt biasa.

Tina Othman berkata...

moga selamat semuanya

nampak sangat sedap kak amie, terliur pulak hihi

shidah berkata...

kak amie, semoga semuanya kembali normal kak.....sedanya kek akak..nak kena try nie

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum...

Pertama..emmmm kek ni nampak sedap sangat.terbayang plak gabungan rasa hwa flake dan cranberi tu

Dan second....
Di doakan semoga semuanya cepat2 berakhir dan negara kita kembali aman tanpa ada lagi pertumpahan darah..Sedih dan tank sanggup nak dengar/baca berita2 pemergian prajurit kita yang rela berbakti untuk negara tercinta walau nyawa jadi pertaruhan...

makchaq berkata...

Nampak sedap kek Amie, kek asam manis antara kek yang makchaq suka (makchaq bukan peminat kek)

Sedih bila baca mengenai perwira kita yang terkorban dengan mayat dicincang dan disembelih.. semoga semuanya segera berakhir..