ADSENSE

Rabu, 5 September 2012

Rice Stick Goreng

Assalamualaikum.
Amie sekeluarga menikmati Rice Stick Goreng sebagai hidangan malam. Amie suka Rice Stick Goreng ringkas, gunakan cili kering kisar serta udang kering saja. Harum aroma udang kering sudah cukup membangkitkan selera. Sebagai tambahan untuk memenuhi selera anak-anak, Amie sediakan ayam goreng. Mungkin lapar, atau mungkin cukup berselera, 2 bungkus Rice Stick Goreng habis licin. Alhamdulillah.


Resepi : Rice Stick Goreng
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 bungkus rice stick - rendam dengan air sejuk sehingga kembang - toskan
1/2 cawan udang kering - tumbuk kasar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
7 biji cili kering
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1cm belacan

Bahan hiasan:
2 keping tauhu - goreng dan potong dadu
3 biji telur rebus - belah 2
daun bawang hiris
bawang goreng
cili merah hiris
limau kasturi - jika suka perahkan jusnya di atas hidangan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang kering dan kacau sebati sehingga terbit bau.
3. Tambahkan sos tiram dan sos tomato.
4. Masukkan rice stick dan gaul rata.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Hidangkan bersama bahan hiasan dan ayam goreng.



Ayam goreng yang Amie sediakan bersama Rice Stick Goreng memang menjadi kegemaran anak-anak sejak dulu. Amie hanya perap daging ayam bersama halia dan bawang putih kisar serta kicap manis Cap Kipas Udang dan menambahkan aroma dengan mencampurkan minyak bijan.

18 ulasan:

Kak Sam berkata...

Amboi nampak meriah sungguh le bihun ni.

ummiross berkata...

Amie..nampak sedap sangat tu. Rasanya anak2 ummi pun suka ni, kalau ada udang kering memang depa suka..

Melly Octaviana berkata...

Kak Amie..melly pun suka nih,adoiii lapar nya malam malam tengok yg enak enak.. :-)

Qasey Honey berkata...

slm Kak Amie..mcm mnarik aje utk dcuba ni..nmpk sedap sgt tu..

Rohah berkata...

tak prnah lagi nampak rice stick (sungguh ni,jgn ketawakan ye..mana nak dapat tu?)
saya pun suka basickan gorengan nasi, mee n bihun ngan udang kering, mmg lemak kan..

myda_ahmad berkata...

rice stick nie mcm bihun kak amie....1st time dengar nie....

rahel berkata...

Sedap tu rice stik...hulur satu pinggan kak amie...hehehe..

tun_telani berkata...

rice stick tu bihun versi tebal sket ye kak.. xtau pulak nama betul dia selama nih. tun panggil bihun je semua. hihi

Nens Collection berkata...

X PERNAH DGR RICE STICK LA KAK AMIE..RUPA MCM BIHUN JE..KAK AMIE..PTG KANG NENS POS SUME HADIAH TU..KAK AMIE TGGU YE..KALO KE SABAH XTAU BAPE HARI AMEK MASA..HOPE SELAMAT SAMPAI KE TANGAN SUME PEMENANG DGN SELAMATNYER..;)

Amie berkata...

Kak Sam,
memang meriah Kak Sam... mehlah makan sama!

Ummiross,
memang udang kering membangkitkan selerakan Ummi.

Melly Octaviana,
ayukk makan sama Melly...

Amie berkata...

Qasey Honey,
alhamdulillah QH, sedap!

Rohah,
rice stick tu jenis mee hoon juga, tapi bentuknya 4 segi, lebih tebal
dan tidak mudah lembik benyek kalau di masak.

Myda,
jenis bee hoon juga Myda...

Amie berkata...

Rahel,
ayukkkk Rahel...lumba sape boleh makan lebih sepinggan!

Tun Telani,
haa... memang dia tebal sikit dari mee hoon biasa, padat dan cepat kenyang!

Nens,
memang bee hoon tu Nens,
terima kasih Nens ... kadang2 lama, kadang2 cepat pula sampainya... apapun Kak Amie setia menanti he he he ehh

Mas Sani berkata...

kak amie...sedapnya....nakkkkk....

Naz / Nadz COSK berkata...

Ermmm..Naz pun tak pernah try rice stick ni. Ianya lebih tebal dari bihoon biasa tu kan.. Mesti kalau makan lagi puas.. Sedapnya tgkkk.. Dah lah Naz mmg suka sgt dgn bihoon goreng..

Mieza berkata...

Kak Amie..ni first time mieza dgr rice stik ni..rupanya macam mihun atau angle hair kan...sedapnya kak amie...kak tolonggggg mieza tak sempat nak masak skg..sgt bz kak..rasanya nak terbang ke sna dan makan rice stick hasil air tgn kak amie...
Salam sayang buat kak amie muah muah muahhhh

ibundo berkata...

sedap.. sedap..sungguh menarik.

zila norazila berkata...

sedap btl tu kak amie..sampai habis diorg mkn..ayam tue pun wt zila kecurr:)ayam goreng rempah ke kak:)

mama aini berkata...

sedapnya..sambil telan air liur..