ADSENSE

Khamis, 27 September 2012

Pucuk Ubi Masak Lemak Putih, Sambal Belacan Mangga & Ikan Belanak Goreng

Assalamualaikum.
Bertemu lagi kali ini dengan hidangan kampung dari dapur Amie. Alhamdulillah, dapat juga Amie sediakan Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan gandingan Sambal Belacan Mangga dan dilengkapi dengan Ikan Belanak Goreng. Sebenarnya Amie rindu sangat dengan Ikan Belanak Goreng..... tapi ikan belanak saiz kecil yang bonda selalu hidangkan zaman kanak-kanak dulu! Sayangnya, saiz yang Amie maksudkan tidak dijual di sini.


Memang nostalgia zaman kanak-kanak kembali terimbau bila mengadap hidangan sebegini. Selalunya Ayahanda akan membeli beberapa kati (timbang sukat dulu-dulu) anak ikan belanak. Jenuhlah Bonda menyiang (teringat segala keturunan kucing berebut-rebut menerkam kepala anak belanak yang bonda potong dan lemparkan). Bonda akan goreng kesemua anak ikan belanak sehingga garing dan setelah mengasingkan bahagian yang akan dimakan ke dalam almari gerobok, bonda menyimpan sebahagian besar lagi ke dalam periuk besar bertutup rapat siap ditindih dengan lesung batu! Al-maklumlah ketika itu tidak ada peti sejuk dan adik-beradik pula ramai. Jadi, pandai-pandailah Bonda mencari tempat yang selamat untuk menyimpannya agar dapat dinikmati bersama pada waktu makan seterusnya. Rupanya, rasa ikan belanak yang disimpan lebih sebih sedap berbanding ikan belanak yang baru digoreng! Itu yang Amie tidak dapat lupakan hingga ke hari ini.


Ikan belanak di atas ini bersaiz agak besar, dan rasanya lebih tawar berbanding rasa anak belanak yang Bonda goreng dulu. Seringkali juga Amie pulang lewat ke rumah selepas sesi persekolahan (sekolah menengah rendah), kerana menunggu air pasang di Pantai Jeram. Pada ketika itu sebahagian air pasang terus mengalir hingga ke muara sungai dan pada masa yang sama terdapat anak-anak ikan belanak melompat tercungap-cungap mengikut arus air pasang ke pantai! Bayangkan... betapa seronoknya menangkap anak-anak ikan belanak dan kami kendung di dalam kain.....kain sekolah warna biru tu.... hmmmm seronoknya zaman itu! Kami bawa pulang anak ikan belanak yang masih segar dan bila digoreng, terasalah lemak manisnya anak-anak belanak tadi.


Tak apalah, tak dapat anak belanak yang lemak manis, dapat belanak yang tawar pun ... syukurlah! Tunggulah ada rezeki nanti, dapat balik kampung, bolehlah makan anak belanak puas-puas!


Ini Pucuk Ubi Masak Lemak Putih. Amie sukakan aroma santannya yang segar tanpa campuran serbuk kunyit untuk memberikannya warna kuning. Inilah hidangan turun-temurun kami sekeluarga yang Bonda selalu masak.

Resepi : Pucuk Ubi Masak Lemak Putih
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cekak pucuk ubi - celur hingga lembut dan hiris ikut citarasa
500ml santan pekat
1 genggam ikan bilis - tumbuk kasar
2 biji bawang putih - tumbuk kasar
3 biji bawang merah - tumbuk kasar
1 biji cili merah - hiris kasar
garam dan perasa pilihan secukupnya

Cara:
1. Masukkan santan pekat ke dalam periuk bersama kesemua bahan yang lain.
2. Panaskan periuk di atas api sederhana panas.
3. Kacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih agar tidak pecah santan.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Untuk menjimatkan masa, Amie kisar kesemua bahan Sambal Belacan Mangga! Rasanya? Sedap.... memang sedap! Apalagi kalau sudah bertemu dengan Pucuk Ubi Masak Lemak Putih dengan Ikan Belanak Goreng!

18 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Amie, sedapnya Kak Ros terliur ni..kami orang kelantan ni kalau ada budu lagi la...meletop

Amie berkata...

Kak Ros,
iyaaa... ya budu... memang sedap tu kalau gandingkan dengan budu Kak Ros!

Cik Kamoo berkata...

terliur betul tengok semua menu kt sini. best2!! naik selera makan camnie ...

Bicara Kak Noor berkata...

sangatttttttttt terliur mampu habiskan nasi dua tiga pingan ni Amie kalau menu macam ni hari2 mau!!!

Fuat Gencal berkata...

Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

Saygılar.

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie.. waduhhh sudah meleleh air liur niii tgk semua menu tuu..confem bertambah2 nasi klu mkn menu mcm ni ^^

ummiross berkata...

Amie..ummi rasa nak bersimpuh lama-lama kat dapur Amie ni, nak makan bersama Amie, makan2 sambil mendengar kisah2 zaman dulu2 Amie yang yang sangat best tu.

myda_ahmad berkata...

cukup lengkap menu hidangan tghhari kak amie...semua ada...tu yg best!.....ulam2 ada x/...hehehe..

zila norazila berkata...

salam syg kak amie..
menu semuanya sedap2..ikan goreng tue mcm nk rasa jew :)

Marsita yahya berkata...

Salam kenal Amie...
pucuk ubi lemak ngan smabal belacan bersama ikan goreng mmg lauk yang boleh membuat saya tambah 3x nasik...
http://my-mintroom.blogspot.com/

Nens Collection berkata...

ni kalo letak sebelah makanan western food ni..x laku WF..mmg ngap masakan ni lg..hehe

qemaishak berkata...

Tetiba lapar tengok hidangan kak amie ni...sedapnya.

mama aini berkata...

assalam amie..tetiba teringin nak makan pucuk ubi lemak..lamanya tak makan makanan begini..hu2x..

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie,
Fuhhh.... terliur tengok masakan ala kampung Amie, akak tak pernah makan lagi ikan belanak....nak tumpang bersila boleh...

LinRosly berkata...

Assalamualaikum Amie :D
Kak Lin suka makan sayur-sayur kampung mcm ni...berselera gitu silap2 boleh sampai gear 5...hahahaha

Sedap3 Kak Lin suka...

rahel berkata...

Uwaaaa....sedapnya....kalau ku dapat ni memang ku makan habis...

tun_telani berkata...

salam kak amie.. mmg menggiurkan lauk kampung camnih. nasib baik laa arini tun pun cicah ikan dlm sambal belacan jugak.. hihi.. tun bakar terubuk arini.. tp ikan goreng garing2 mmg terbaik.

inahar ali berkata...

salam rindu amie..lama x mai sini..pekabo? waduh plg x tahan sambal belacan mangga tuh..perghh!!