ADSENSE

Khamis, 20 September 2012

Oleh-Oleh Kota Kinabalu (KKIA)

Assalamualaikum.
Tak ada ribut, tak ada angin kencang, tanpa sebarang amaran  tiba-tiba kelmarin dapat surat panggilan untuk menghadiri majlis penyerahan surat penempatan pemangkuan PPPS Gred DG...... Majlis tersebut diadakan bermula pukul 7 pagi di SM Tinggi Kota Kinabalu pada 20 September 2012 (hari ini... Khamis). Maklumat diterima pada tengahari kelmarin 19 September 2012. Kelam-kabut dibuatnya... mana masanya untuk berkemas, mana kesempatannya untuk membeli tiket kapal terbang (itu pun kalau masih ada kosong)! Dan yang mengecutkan perut,  pihak airport hanya beri masa 10 minit untuk menjelaskan bayaran tunai sebanyak RM436.00. Dalam keadaan hujan yang tidak berhenti serta kesesakan lalu lintas,  dapat juga lepas ke bandar mengorek duit. Kenapa tidak gunakan kad kredit? Bukankah lebih mudah? Benar... dalam keadaan terdesak sedemikian banyak gunanya jika memiliki kad kredit.... tapi petugas kaunter memberitahu kami, mesin untuk memproses bayaran melalui kad kredit rosak!!!!! Ikut jalan darat? Boleh.... tapi... ada tapinya! Sanggup sampai ke Kota Kinabalu dalam keadaan letih lesu melalui perjalanan sejauh 400 kilometer? Akhirnya terbang juga walaupun agak terlewat sampai ke KKIA, dan syukur Alhamdulillah teman Amie telah menempah bilik di Tang Dynasty Hotel. Dan... majlis pun dapat disertai hingga ke akhir. Oleh kerana tiket pulang kami tempah pada pukul 5 petang, sedangkan majlis berakhir pukul 10 pagi, bergegaslah kami ke lapangan terbang kalau-kalau ada tempat kosong untuk penerbangan tengahari. Alhamdulillah... penat-lelah tercungap-cungap terbayar juga bila dapat tempat untuk penerbangan pukul 12.10 tengahari. Sebelum berlepas, sempat juga membeli sedikit oleh-oleh untuk anak-anak.



Antara oleh-oleh yang sempat dibeli di bangunan lapangan terbang. Sedih rasa hati kerana kelmarin hari ulangtahun si bongsu yang tak sempat diraikan. Harap si bongsu gembira dengan oleh-oleh kegemarannya ini.



Amie berminat untuk mencuba Japonais - meringue biscuits and hazelnut filling,



.... dan Reve de Vanilla - almond biscuits with vanilla cream filling,



serta Amandelle - biscuits with almonds and swiss milk chocolate.



Jom makan Daim - kegemaran Amie sejak dulu dan memang tak pernah ketinggalan membelinya kalau berada di airport.

13 ulasan:

Tina Othman berkata...

salam kak amie

mcm tulah tuntutan kerja kan, wah beli ole2 kat airport mesti agak costly kan

tapi yg penting anak2 happy =)

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum..
wahhh best nye amie.. banyak bawa ole2 tu.. gula2 + coklat besar2 belaka.. geram tengok.. biskut pun bukan main menyelerakan... hmmm.. nyum nyum..

Nens Collection berkata...

sedapppnyerrr kak ami.nens suke sgt coklat2 ni..mcm budak2 dpt gula la..hehe

Mieza berkata...

Kak Amieeeeee...sedapnyer cekelat dan xookie tuuu...nakkkkk sikittttt...kalau dah terbang ke KK tu terbang lah sekali ke semenanjung ni...leh kasi buah tangan tu kat mieza...nakkkkkkk

ummiross berkata...

Amie..naik pangkat ke? Coklat Daaim tu peberet ummi juga tu, balik umrah baru ni pun beli juga, hehe.. Biskut tu nampak sedap2 semuanya..

Belum terlewat rasanya nak ucapkan selamat hari lahir buat sibongsu Amie..

Amie berkata...

Tina Othman,
kecoh juga dibuatnya kalau dah last minute dapat arahan ni Tina... lagi pun jauh...

Jassnani,
waalaikumussalam,
ini sajalah yang sempat dibeli untuk anak-anak..iyelah kalau namanya anak-anak mesti berharap ada sesuatu yang kita bawa pulang setelah berpergian...

Nens,
kak Amie pun suka Nens... lagi pun tak dijual di luar, tu yang berhabis membeli tu kalau ada di airport!

Amie berkata...

Mieza...
kadang-kadang tak tahu mana satu nak dipilih, banyak sangat cokelat yang sedap2 di airport ni...

Ummiross,
dapat dua Ummi, naik DG (time-based) dan satu lagi jawatan pemangkuan untuk dapat hakiki.... tapi Amie tolak jawatan (lepas jawatan sekarang) tak larat....

Acik Erna berkata...

assalam Amie..jauh jugak dar tempat amie nak ke KK ye amie.
alhamdulillah semua urusan Amie dipermudah

Mas Sani berkata...

pendekkan cerita.... saya nak semua tu boleh? hihihi

KuNanGKuNanG berkata...

sabtu ni insyaAllah sampai ke Sabah..1st time kesana.bestnye..xsabar..he3

Amie berkata...

Acik Erna,
memang jauh Acik... mujurlah ada kapal terbang, itupun terbang waktu siang aje...

Mas Sani,
boleh Mas.. semuanya sedap belaka!

Amie berkata...

KunangKunang,
selamat datang ke Sabah... enjoy your self!

hasleenda berkata...

sedapnyee..dah lama tak BW kat sini..