ADSENSE

Sabtu, 12 April 2014

Udang Galah Goreng Tepung Beras

Amie nak kongsi resepi Udang Galah Goreng Tepung Beras. Sebenarnya nak masak lain, tapi dah tak sempat nak sediakan bahan sebab Encik Suami dah balik. Tapi goreng begini pun sedap apa. Habis 800 gram udang galah saiz sedang-sedang keciknya ini anak-anak ratah! T laaaa... kan! Orang kata kalau dah namanya udang, masak apa pun sedap!


Amie bubuh tepung beras sebab tepung gandum & tepung jagung dah 'hilang' dari tempatnya... ini gara-gara Encik Suami 'mengemas' kabinet dapur malam tadi. habis semua lebihan barang dapur masuk tong sampah! Katanya... nak tolong bersihkan dapur! Rupanya bubuh tepung beras pun okey juga rasanya... serdak-serdak tepung beras  tu yang anak-anak suka makan!

Resepi : Udang Galah Goreng Tepung Beras

Bahan-bahan:
800 gram udang galah - bersihkan dan tos
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
1 biji telur
5 sudu makan tepung beras
minyak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh lada putih



Cara:
1. Masukkan udang di dalam mangkuk dan dengan bahan tumbuk. Perap seketika.
2. Pecahkan sebiji telur dan gaul rata di dalam mangkuk berisi udang perap, dan kemudian masukkan tepung beras.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
4. Angkat dan toskan.


Ringkas tapi sedap!


2 ulasan:

nasa mulia berkata...

Udang semua suka, klau yang tak suka tu x rasa nikmat makan, sedang yg x boleh nak makan pun asyik kecur jer tengok menu udang...hehehe

mama darwisy berkata...

yer betol.. kalo masal udang masak apa pon sedap.. iskk kecur air liur nie.. sok kena g cari udang galah plak nie..


http://ourlovebonding.blogspot.com/2014/04/buat-pasport-antarabangsa-di-utc-kedah.html