ADSENSE

Jumaat, 4 April 2014

Kuih @ Cucur Keria & Amie's 1st Giveaway

Entri sebelum tidur!
Terlebih dahulu Amie ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi untuk menyertai Amie's 1st Giveaway yang julung-julung kali Amie adakan. Untuk yang belum menyertainya, masih ada masa sehingga tarikh tutup pada 7 April 2014. Sila klik AMIE'S 1st GIVEAWAY  untuk maklumat lanjut. Hadiah sedang menanti anda tau...


Wokeeeyyy.... masa kecik-kecik dulu Bonda akan sediakan sarapan pagi untuk kami sebelum tidur malam. Biasanya Bonda suka kukus apam, lepat ubi, lepat pisang, termasuklah kuih keria seperti yang Amie paparkan kali ini. Kalau buat kuih atau cucur keria Bonda selalu gunakan ubi kayu.... lamanya tak makan kuih keria daripada ubi kayu! Kuih Keria yang Amie buat ini Amie gunakan keledek oren.... dan bukan untuk sarapan pagi tapi untuk minum petang beberapa hari yang lalu. 


Dulu memang Amie rasa hairan & ajaib bila tengok Bonda menyira Kuih Keria. Anehkan! Gula pasir dimasak bersama air dan kemudian bila ada rupa macam tali temali, Bonda masukkan kuih keria ke dalamnya, gaul-gaul dan bila disejukkan, timbul rupa gula warna putih menyelaputi kuih! He heheh.... itu cerita dulu! Cerita zaman kanak-kanak yang tak tahu apa-apa, cuma tahu menjamah apa sahaja hidangan yang Bonda sediakan. Sekarang, anak-anak pula yang rasa takjub melihat kita menyira kuih keria!


Resepi : Cucur Keria
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram ubi keledek oren - rebus hingga empuk
280 gram tepung gandum
1 sudu teh garam
200 gram gula pasir
3/4 cawan air
minyak

Cara:
1. Lenyek ubi keledek ketika masih panas.
2. Uli bersama tepung gandum dan garam hingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Leperkan dan buat lubang di tengah.
5. Goreng secara terendam dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
6. Setelah kelihatan kuning keemasan, angkat dan toskan.
7. Dalam kuali lain, masak air bersama gula pasir sehingga pekat.
8. Masukkan kuih keria dan gaul supaya tersalut dengan air gula.

9. Setelah air gula kering, angkat kuih keria untuk dihidangkan.

2 ulasan:

Cheq Sue berkata...

saya tak pernah buat kuih ni kak amie...sebab tak berapa suka makan kerana gula yang beku diluarnya tu... *_-

** nak masuk GA pun tak menepati syarat lagi... :)

Mel berkata...

suka sangat kuih ni..lamaa dah tak buat..mai sepinggan kak amie