ADSENSE

Sabtu, 5 April 2014

Jeruk Ikan Talapia

Sesekali cuba buat resepi Jeruk Ikan Talapia pulak. Lebih kurang saja dengan ikan masak cuka. Ringkas tapi sedap sangat kalau makan dengan nasi panas. Tak payahlah masak lauk lain lagi dah!




Resepi : Jeruk Ikan Talapia
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia – goreng hingga masak – ketepikan
½ inci halia – hiris halus
5 ulas bawang putih - kupas
7 biji bawang merah – kupas dan belah 2
7 biji cili padi – pecahkan
2 biji cili hijau – belah 2
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan cuka
1 sudu teh biji sawi
1 cawan air
Minyak
Garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1.   Panaskan sedikit minyak. Goreng halia, bawang putih, bawang merah, dan biji sawi sehingga harum.
2.  Masukkan air diikuti dengan serbuk kunyit, cili padi, cili hijau dan cuka. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan talapia goreng. Balik-balikkan .
4.  Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
 

3 ulasan:

Tihara berkata...

sedapnya menu ni kak :)

nasa mulia berkata...

salam, dulu2 pernah makan ikan ini...sekarang mcm susah nak cari...Amie tunjuklah cara nak wat ikan jeruk...

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Mmg sedap ni Amie..mkn dgn nasi panas..mmg nambah2 :)