ADSENSE

Khamis, 17 April 2014

Ikan Masak Cuka

Ikan Masak Cuka merupakan salah satu resepi kegemaran Fuad. Balik sekolah tadi dia tanya, Mummy masak tak? Sebenarnya pagi tadi Amie dah masak nasi sebelum ke sekolah selain goreng jemput-jemput pisang untuk bekalan Firdaus ke kampung. Lagi pun Fairuz sekolah sesi petang, jadi memang kena isi perut dulu sebelum ke sekolah. Sebenarnya tak rugi kalau kita masak begini sebab dengan adanya cuka taklah rasa risau makanan jadi basi. Amie pun tak berapa gemar simpan lauk-pauk dalam peti sejuk. Jadi, balik rumah boleh panaskan saja Ikan Masak Cuka ini. Maklumlah... sampai rumah tentulah letih, tak larat dah nak berkejar ke dapur nak bersilat dengan periuk belanga!



Resepi : Ikan Masak Cuka

Bahan-bahan:
1 kg ikan pelaling - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan sebuk kunyit - goreng hingga masak

1 cawan hirisan timun
1 cawan hirisan lobak merah
3 labu bawang besar saiz kecil - belah 4
15 ulas bawang putih - jika ulas besar belah 2
1 inci halia - hiris halus
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji cili merah - belah 2
3 biji cili hijau - belah 2
5 sudu makan cuka
3 sudu makan gula pasir
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
1 cawan air



Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan biji sawi. Goreng sebentar.
2. Masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah serta cili hijau. Kacau seketika.
3. Masukkan lobak merah, hirisan timun, serbuk kunyit dan air. Biarkan mendidih sebentar.
4. Tambahkan cuka, gula, dan perencah MAGGI Cukup Rasa.
5. Masukkan ikan dan balik-balikkan beberapa kali sehingga kuah agak pekat.
6. Padamkan api dapur.

1 ulasan:

Hannah Sytieh berkata...

simple. tapi nmpk sedap. will try. thank u sharing .