ADSENSE

Rabu, 23 April 2014

Bubur Pulut Hitam Jagung Krim


Entri sebelum tidur....
Tiba-tiba teringat MIL yang suka buat Bubur Pulut Hitam. Nampaknya Amie berkesempatan melihat dan merasa dua cara yang berbeza masakan Bubur Pulut Hitam. Kalau gaya Bonda dan orang kampung kami, sudah tentunya santan kelapa dicampur sekali harung dengan bubur pulut hitam, tapi MIL pula akan tuangkan kepala santan di atas Bubur Pulut Hitam sebelum menikmatinya. Seronok rasanya dapat pengalaman begini dan rasa kedua-dua cara masakan ini sudah tentulah sungguh lazat!
Sampai giliran Amie pula berkongsi Bubur Pulut Hitam dan hasilnya seperti yang Amie paparkan di bawah ini. Amie tambahkan jagung krim dalam bubur.



Amie terus masak beras pulut hitam tanpa merendamnya terlebih dahulu. He he eheh.... sebab malas nak jaga api dapur, Amie masak gunakan slow cooker! Sementara menunggu beras pulut pecah, sempatlah Amie berdating dengan Encik Suami makan mee goreng mamak di kedai, dan kemudian ambil Firdaus di kampung dan seterusnya ambil Fairuz dari sekolah. Malas nak masak untuk makan malam, beli saja apa-apa yang patut untuk Fairuz & Fuad. Jadi, Amie gunakan sedikit masa untuk menjenguk Bubur Pulut Hitam yang sudah kembang dalam slow cooker.


Amie gunakan beras pulut hitam kampung, beras pulut bukit (huma). Kalau nak tengok rupa parasnya bolehlah lihat gambar di bawah ini.


Wokeeeeyyy... kita cerita tentang resepi Bubur Pulut Hitam ye, sebab kalau tangguh-tangguh entri nanti Amie terlupa pula cara masakannya sebab bukan selalu Amie buat Bubur Pulut Hitam.

Resepi : Bubur Pulut Hitam Jagung Krim

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut pulut - cuci bersih dan toskan airnya
1.2 liter air 
2 cawan gula Melaka yang telah dihancurkan / parut - boleh kurangkan jika tidak mahu manis
1 tin jagung krim
1 helai daun pandan - siat dan simpul
4 cawan santan pekat & sedikit garam

Cara:
1. Masukkan beras pulut bersama 1 liter air dan daun pandan ke dalam slow cooker. Kalau tak mahu guna slow cooker, gunalah periuk masak biasa. Biarkan hingga kembang atau pecah beras.
2. Masukkan jagung krim dan gula Melaka. 
3. Sementara menanti bubur masak dan sebati, bolehlah sediakan kuah santan.
4. Masak santan pekat bersama sedikit garam di atas api perlahan. Kacau sepanjang waktu supaya tidak pecah santan atau berkepala.
5. Hidangkan Bubur Pulut Hitam dan tuangkan santan di atasnya.



Kalau suka rasa lebih lemak, bubuhlah santan banyak-banyak!


Jom.... slurrrrrpppp!

9 ulasan:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Hi Amie, sedap ni, kak ros suka bubur pulu hitam

zila norazila berkata...

buh jggung atasnye lg sedap kn kak .

nasa mulia berkata...

Family saya semua suka makan dan masak yg ini, di makan bersama santan pekat sedappp lg kalau ada durian dlam tu...

ummiross berkata...

waa..nampak sangat menyelerakan,nak semangkuk, hehe..

ummiross berkata...

waa..nampak sangat menyelerakan,nak semangkuk, hehe..

Wattie berkata...

Assalamualaikum Cik Puan, kita kat sini dah tertelan air liur dah ni. Tak pernah rasa lg edisi khas mcm ni, Ada jagung di dalam, tuang lak Santan kat ataih, fuhhhhh, double mabeleslah kan

Wattie berkata...

Assalamualaikum Cik Puan, kita kat sini dah tertelan air liur dah ni. Tak pernah rasa lg edisi khas mcm ni, Ada jagung di dalam, tuang lak Santan kat ataih, fuhhhhh, double mabeleslah kan

aeinio berkata...

Adoiii sedapnyerrr

Fadzillah berkata...

Salam Amie.... sedapnya bubur pulut hitam. Dah terliur dah ni.... Begitu rupanya beras pulut hitam huma ya.

Alhamdulillah hadiah kiriman Amie dah selamat saya terima. Berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan diatas hadiah serta cenderahati yang dikirimkan kepada saya.