ADSENSE

Sabtu, 15 Mac 2014

Sotong Goreng Oregano

Jom main masak-masak lagi. Kali ini Amie buat Sotong Goreng Oregano. Amie tidak gunakan serbuk penaik atau serbuk ENO seperti kebiasaan. Amie perap seketika dengan beberapa bahan perencah, termasuk serbuk oregano, campuran tepung gandum dan tepung jagung. Amie masukkan sebiji telur dan kemudian lumurkan dengan serbuk roti sebelum digoreng.


Dah siap goreng, bolehlah hidangkan bersama sos pencicah pilihan. Anak-anak suka cicah dengan mayonis & sos cili Thai.


Resepi : Sotong Goreng Oregano
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg sotong - bersihkan - buang mulut dan mata serta isi dalam sotong - potong ikut suka - toskan hingga kering
2 cawan serbuk roti
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 biji telur gred double A
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
minyak

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 sudu teh lada putih



Cara:
1. Satukan sotong bersama bahan tumbuk, tepung gandum dan tepung jagung serta serbuk oregano dan juga perencah MAGGI Cukup Rasa.
2. Pecahkan telur dan gaul bersama bahan tadi. Perapkan seketika.
3. Lumurkan sotong dengan serbuk roti.
4. Panaskan minyak yang agak banyak untuk goreng tenggelam.
5. Goreng sotong hingga kuning keemasan atau sehingga masak.
6. Angkat dan toskan.
7. Hidangkan bersama pencicah kegemaran.

3 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

salam Mie, aduiii sotonggg my fav ni Mie, ada gak dlm frezer mesti nak goreng gak esukkk heee terliurrrrr

mama sara nur berkata...

Assalam
Dah berubah wajah dapur k amie, cantikk
Ada hidangan sotong, emm bestnya kalu ank2 suka mkn

Acik Erna berkata...

assalam Amie..acik memang suka sangat dengan sotong goreng..terima kasih kongsi resepi