ADSENSE

Sabtu, 22 Mac 2014

Dendeng Daging Rusa

Pernah sekali dulu Amie masak Dendeng Daging Rusa, makan bersama Nasi Epal & Kerabu Epal DI SINI. Lepas tu... lama tak buat. Nak cari daging rusa pun bukannya mudah walaupun dikatakan di sini banyak rusa. Kadang-kadang tempat sekilo daging, berbulan baru dapat. 

Jadi, sesekali dapat daging rusa, eloklah diolah lebih istimewa sedikit. He heheh.... istimewa tak olehan Dendeng Daging Rusa? Dendeng ni  pada Amie, sedap diratah-ratah je... 


Resepi: Dendeng Daging Rusa
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa - bahagian peha
30 biji bawang merah - 300 gram - hiris nipis
sekepal asam jawa - bancuh dengan 50ml air
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan A:
3cm halia - kisar
3 biji bawang putih - kisar
4 sudu besar kicap pekat manis

Bahan B: (kisar)
15  biji cili kering
10 biji cili merah
4 biji bawang besar

Bahan C: (sangai dan tumbuk / kisar)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan ketumbar

Cara:
1. Hiris daging rusa secara melebar dan nipis. Rebus hingga empuk dan toskan airnya hingga kering.
2. Tumbuk atau ketuk daging rusa sehingga separuh hancur.
3. Gaul daging tadi bersama Bahan A. Perap seketika.
4. Goreng daging yang diperap tadi tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
5. Panaskan minyak dan goreng bawang sehingga garing.
6. Masukkan Bahan B dan tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
7. Masukkan air asam jawa. Masak lagi sehingga kelihatan kering.
8. Masukkan daging rusa dan perasakan dengan garam dan gula. 
9. Masukkan bahan C dan gaul sebati.
10. Daging Rusa Dendeng siap untuk dihidangkan. 

2 ulasan:

rostina76 berkata...

xpernah makan daging rusa…..kata org susah & mahal daging ni. dendeng daging lembu jelah. hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie..Tk pernah mkn daging rusa gak...kat sana walaupon susah nak dpt tp ada gak.Mahal tak Amie?