ADSENSE

Jumaat, 7 Februari 2014

Singgang Ikan Susu Dengan Nanas

Dah banyak kali Amie paparkan resepi berasaskan ikan susu. Resepi kali ini atas permintaan Encik Suami. Katanya nak makan ikan rebus-rebus warna kuning. Jadi Amie pun buatkanlah Singgan Ikan Susu Dengan Nanas. Rasanya.... macam sedaplah pulak... tapi memang sedaplah tu sebab ikan susu sememangnya sedap berlemak, dan satu lagi sebab perut tengah lapar!


Amie gunakan nanas hampir masak, jadi ada rasa manis-manis dan sedikit masa. Hidangan sebegini memang sesuai benarlah dinikmati waktu tengahari.... ahh! Dengan penuh perasaannya bolehlah hirup kuahnya yang masam manis pedassss....

Resepi : Singgang Ikan Susu Dengan Nanas
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg ikan susu - bersihkan dan potong menjadi 6 bahagian
12 kepingan nanas - Amie gunakan nanas hampir masak
2 biji tomato - belah 2
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit - siat
600ml air
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 uls bawang putih
5 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
7 biji cili padi
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam



Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan kisar serta serai hingga wangi.
2. Masukkan nanas dan perlahankan api, sehingga keluar air nanas dan nanas menjadi layu.
3. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Masukkan asam keping serta ikan.
4. Masak di antara 5-7 minit atau sehingga ikan masak.
5. Masukkan tomato, daun kunyit, garam / perasa pilihan.
6. Padamkan api dapur dan hidangkan panas.


4 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

salam Mie, menu sihat ni hari ni kan, ikan susu ni banyak tulang tak Mie, sbb akak ada tengok kat supermarket tapi tak berani beli takut banyak tulang nanti ketulangan pulak hee

Eellee Nana berkata...

nampak sedap..
boleh la nk try lepas ni


: Tips Kulit Bebas Jerawat

Kerull Nazeem berkata...

Lauk singgang ni makan ngan nasi panas mmg pergh..tak sedar menambah2..hirup time singgang tu hangat..hu hu berpeluh

Aku Penghibur berkata...

aduhh masak singgang memang sedap ^_^ cecah sambal kicap mmg terbaik

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini