ADSENSE

Sabtu, 1 Februari 2014

Sepiring Rice Stick (Mee Hoon) Goreng & Secawan Kopi Tenom


Selamat berhujung minggu teman-teman.
Cuaca masih sejuk... rasa malas nak bangun pagi, tapi bubur Firdaus mesti kena masak. Encik Suami awal pagi lagi sudah keluar siapkan kerjanya yang mesti diselesaikan sebelum buka sekolah selepas cuti CNY ini. Fuad dengan tugas rasminya, menurut arahan Encik Suami supaya cuci pakaian. Farid jaga Firdaus sementara Amie kemas ruang-ruang tertentu sampailah ke dapur untuk sediakan sarapan pagi. Fairuz pulak.... mana perginya? Malam tadi anak buah kami ambil dia untuk temankan tidur di rumahnya.




Memang lama sungguh tak sediakan sarapan pagi! 
Setelah selongkar barang dapur, terjumpalah beberapa bungkus mee hoon (rice stick) dan bahan-bahan lain untuk digandingkan menjadi menu mee hoon goreng. Amie rendam sebungkus saja sebab cuma kami bertiga yang akan makan. Cukuplah tu kaaaan...




Siap sudah terhidang mee hoon goreng dengan kopi panas yang lazat dari Tenom! Kalau ada Encik Suami sarapan bersama lagi seronok.... (nampak sangatlah jarang minum bersama), sebab ada teman berbual-bual di dapur... sembang-sembang tentang hal anak-anak!



Resepi : Rice Stick (Mee Hoon) Goreng
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan:
1 bungkus rice stick (mee hoon) - rendam hingga kembang - toskan airnya
4 batang sosej - hiris-hiris
1 cawan udang basah yang tellah dibersihkan
1 cawan hirisan sayur sawi
1/2 cawan hirisan halus lobak merah
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah MAGGI Cukup Rasa
minyak

Bahan tumbuk:
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering - direndam hingga kembang & toskan airnya


Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan udang basah dan gaul sebati. Masak sehingga udang bertukar warna.
3. Masukkan lobak merah dan sos cili, sos tomato serta sos tiram. Gaul lagi.
4. Setelah lobak merah lembut, masukkan pula sayur sawi diikuti dengan mee hoon. 
5. Gaul rata dan taburkan perencah MAGGI Cukup Rasa.
6. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidang.

Amie je yang minum kopi Tenom tu.... (sekali-sekala je minum), Farid & Fuad makan mee hoon goreng dengan minuman kegemaran masing-masing.
Jumpa lagi......

1 ulasan:

Shafiq Hashim berkata...

Sedapnya....blum lunch lg...lapor plak nengok...

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/2nd-giveaway-by-nabilamedan.html