ADSENSE

Ahad, 2 Februari 2014

Kari Ikan sedap hingga jilat jari.... versi percubaan gunakan ikan layar!

Selamat berhujung minggu buat semua. 
Jemput makan tengahari di dapur kecil Amie ya.... ada lauk Kari Ikan di bawah tudung saji. Mmmmm.... memang sedap, dan cara penyediaannya pun ringkas saja. Masak sekali harung dengan sayur kacang bendi sebagai sayur! Senang kerja kaaaannn.... Amie tidak bubuh cili sebab anak-anak dan Amie sendiri lebih suka rasa asli rempah kari yang tidak pedas. Seperti biasa Amie tidak bancuh serbuk kari untuk dijadikan pes, sebaliknya terus menumis bersama bahan tumisan yang lain menggunakan api perlahan. Dah...oh! Biji sawi pulak tak bubuh.... sebab tersilap simpan.... Amie tercampur biji sawi dengan biji selasih dalam satu bekas!!!! Nak asingkan memang tak laratla... sebab halus-halus!



Banyak jenis ikan boleh dimasak kari, tapi kali ini Amie cuba gunakan ikan layar. Minta ampun minta maaf duhai MIL & FIL sebab sudah terang-terang mendurhakai resepi masakan ikan layar seperti kebiasaannya! Alhamdulillah... habis licin!
Sewaktu di meja makan, Encik Suami berkata : Tak pernah terfikir pun ikan layar masak kari!
Amie tanya : Sedap tak?

Jawabnya : Sangat sedap!
Orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi kalau tak cuba macamana nak tahu sedap tidaknya sesuatu resepi itu. Untuk masakan kari ikan ini, Amie bubuh jus limau nipis sebagai sentuhan terakhir.



Resepi : Kari Ikan
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg isi ikan layar - potong dadu anggaran 6 X 6cm
50 gram serbuk rempah kari ikan
200ml pati santan
300ml air bancuhan dari 1 sudu makan pati asam jawa
12 biji kacang bendi - potong tampuk dan ekor
2 biji tomato - belah 4
3 sudu makan perahan jus limau nipis
garam / gula / perasa pilihan

Bahan penumis:
1 labu bawang besar - cincang
3 biji bawang putih - cincang
3 biji bawang merah - cincang
1 inci halia - hiris halus
2 tangkai daun kari - lurutkan dari pelepahnya
minyak 



Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis semua bahan penumis sehingga harum.
2. Masukkan serbuk rempah kari dan perlahankan api. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan bancuhan air asam jawa dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan masak kira-kira 7 minit sehingga kuah agak pekat.
5. Masukkan pati santan dan bila kuah mula mendidih sekali lagi masukkan kacang bendi bersama tomato.
6. Biarkan seketika dan kemudian perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan. Kacau sekali.
7. Tuangkan jus limau nipis dan kacau sekali lagi.
8. Padamkan api dapur. 
9. Hidangkan ketika masih panas.

4 ulasan:

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

semua jenis ikn bsr sdp d msk kari...

mamaAna berkata...

Salam Amie...betoi ke...sedappp ikan layaran dimasak kari..???
Komen Amie...yang membuatkan MA teruja sekali nak mencubanya. Nanti pasti disatu hari MA akan ikut langkah Amie...InsyaAllah.

Amie berkata...

Qaseeh,
betul tu... rempah kari tu yang buat sedap sebab meresap dalam ikan.

MamaAna,
tu laa Amie kata tak kenal maka tak cinta, tak cuba maka tak tahulah rasanya.

myza berkata...

Ikan layaran ka?ka pari?mcm x pcya ;)