ADSENSE

Sabtu, 1 Februari 2014

Ikan Siakap Kukus 3 Rasa

Ini kes tak muat kuali nak goreng ikan... jadi kukus je ikan siakap (melengkung kepala dengan ekornya), lepas tu siram kuah 3 rasa! Okey kan....


Resepi : Ikan Siakap Kukus 3 Rasa
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap seberat 1kg - bersihkan dan kelar sedikit
2 biji bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - cincang dadu
1 batang serai - diketuk
4 helai daun limau purut
7 biji cili padi - dipecah
1 cawan kepingan dadu nanas masak
1 biji tomato hijau - potong dadu
1/2 batang lobak merah - hiris bulat
2 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh perencah MAGGI Cukup Rasa
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
minyak


Cara:
1. Letak ikan di atas dulang pengukus. Kukus selama 10 minit. Buka penutup pengukus dan keluarkan loyang ikan serta buangkan air ikan. Masukkan semula ke dalam pengukus.
2. Sementara itu dalam tempoh 10 minit pertama tadi sediakan sosnya: Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi.
3. Masukkan serai dan daun limau purut, cili padi serta nanas. Masak sehingga nanas layu.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap manis serta gula pasir. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan pula lobak merah dan tomato.
6. Taburkan perencah MAGGI Cukup Rasa.
7. Tuangkan bancuhan air tepung jagung. Gaul seketika dan tutup api dapur.
8. Buka tutup pengukus ikan ddan tuangkan kuah sos tadi. Kukus semula selama 5 minit.

3 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

Salam Mie, ok sangtttttttttt sedap lagi kukus tau, cuma kukus tak lah dpt gigit tulang2an yang rapuh tu hahaa,akak ni hantu tulang suka sangattttt

Kak Sam berkata...

Assalamualaikum...
lama dah tak makan siakap. La ni masak ikut selera abg long je. kalau masakan tak kena ngan selera dia, alamat tak makan le jawabnya.

rostina76 berkata...

assalamualaikum k.amie….wah!!!bagus resepi ni sbb lebih healthy….kdg2 benda yg kita rasa xjadi tu le lebih meletup kan. blh try ni