ADSENSE

Ahad, 16 Februari 2014

Ikan Goreng Berempah

Jom cuba masak Ikan Goreng Berempah! Fuad & Fairuz kata sangat sedap! Jadi... kita pun teruslah mengembang sebesen he heheheeh.....
Apa pun terima kasih untuk Chef Sarji kerana rajin membukukan resepi Masakan Mamak yang sememangnya cukup mudah  untuk dicuba dan sangat menyelerakan ketika dinikmati!


Resepi : Ikan Goreng Berempah
Sumber : Masakan Mamak oleh Chef Sarji

Bahan A:
8 potong ikan tenggiri - dipotong bulat 1/2 inci
1 tangkai daun kari

Bahan B : dikisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3 kuntum bunga cengkih
3 cawan minyak masak
1/2 sudu teh garam - Amie tambah


Cara:
1. Satukan Bahan A dan Bahan B kecuali minyak masak di dalam mangkuk. Gaul dengan ikan hingga sebati.
2. Perap di dalam peti sejuk selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dengan api sederhana.

4 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

sedap makan ikan goreng berempah ni..boleh buat selera makan dan tambah nasi..hehe..

Wattie berkata...

Assalamualaikum Amie,
Lagu mana pun masakan mamak memang yang terbaeekkk, heheheh, jangan mare...

Umie Jazz berkata...

assalamualaikum amie klu digandingkan dgn nasi pns pasti terangkat kan....

Puan Hazel berkata...

Salam k.amie.. saya dah try semalam. Sedap.. kalau nak rasa, jemputlah ke dapur saya...:)
Tq for sharing the recipe. Moga murah rezeki k amie.