ADSENSE

Sabtu, 22 Februari 2014

Bunga Betik Masak Lemak Cili Padi

Amie mula belajar masak dan makan sayur dari pokok betik semenjak berkahwin dengan Encik Suami. Rupa-rupanya banyak kegunaan buah betik muda, mengkal, pucuk betik sehinggalah ke bunga betik. Biasanya keluarga Encik Suami masak pucuk betik serta bunganya bercampur dengan jantung pisang serta pucuk ubi, disatukan menjadi sayur lodeh! Rasanya Amie belum pernah kongsikan resepi masak sayur lodeh cara keluarga sebelah Encik Suami dalam blog. In shaa Allah, ada kesempatan Amie akan paparkan juga. 
Suatu ketika dulu Amie pernah paparkan resepi bunga betik masak tumis dengan udang kering, dan kali ini Amie kongsikan pula resepi Bunga Betik Masak Lemak Cili Padi. Bagi yang kurang suka rasa pahit bunga betik, bolehlah rebus dengan asam keping atau daun senduduk, tapi Encik Suami lebih suka rasa pahitnya... jadi Amie celur saja dalam air mendidih. Maklumlah.... yang pahit itu boleh jadi ubat, hilang atau kurang pahitnya tentulah khasiatnya juga ikut pergi!


Resepi : Bunga Betik Masak Lemak Cili Padi
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 cekak tangkai bunga betik - lurutkan bunganya dari tampuk - celur seketika dan toskan airnya
2 cawan pati santan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai - diketuk
garam / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
 5 biji bawang merah
15 biji cili padi - boleh tambah atau kurangkan ikut pedas yang dikehendaki
1 genggam udang kering - rendam hingga kembang

Cara:
1. Satukan bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit, dan pati santan serta bunga betik di dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana panas.
3. Setelah kelihatan buih-buih halus di tepi periuk, kacau selama 2-3 minit.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.


11 ulasan:

mama sara nur berkata...

assalam k.amie
pertama tgk masak lemak bunga betik ni,nampak sedapplah
biasa jg makn tp yg wat kerabu. walaupun pahit2 tp sedap dan bagus utk kesihatan
mak kat kg memang pantang nampak bunga betik jsntsn ni mesti ambik rebus

azieazah berkata...

Saya pun banyak baca tentang khasiat bunga serta pucuk betik tp tak pernah cuba masak. Yang pasti saya suka akan buah betik yg dah masak. Terutama betik solo..!

Kjee berkata...

Yang buat tumis hari tu pun belum Kjee cuba... sekarang ada pulak masak lemak kuning. Suka suka suka.

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum amie selalu yg Uj tau betik mengkal dibuat tumis air @ msk lemak cili padi.Sekrg baru Uj tau bunganya pun bole dibuat gulai jugak...tksih diatas perkongsian resepi...menarik...;)

Fiza Lgk berkata...

Salam K.Amie....sedap bunga betik ni walaupun apa cara masakannya. Rebus cicah dengan sambal saja pun dah sedap. Pahit-pahit lemak :)

mamaAna berkata...

Salam Amie...pertama kali tgk,,,bunga betik nie leh masak lemak cili padi...
Belakang rumah mak banyak bunga betik nie...tapi tak tahu nak buat apa2...kalau ambil pun utk buat ulam jerr....Resipi nie mesti cb ...terima kasih Amie

myda_ahmad berkata...

adik ipar saya suka benor mkn pucuk betik...

ummiross berkata...

memasak ni nak kena kreatif juga kan Amie, barulah pelbagai lauk pauk. Ummi memang tak pernah makan dan masak pucuk betik ni Amie, tapi nampak masakan Amie tu tersangatlah sedapnya.

rahel berkata...

Suka makan kalau dimasak macam ni...berselera..

Tihara berkata...

sedapnya kak mie masakan kampung,
susah nak cari lauk camni kalau bukan kita yang masak sendiri :)

Cik Wan berkata...

kalau jumpa bunga betik nak cuba masak ni...belum pernah masak bunga betik. Banyak khasiat ni