ADSENSE

Isnin, 12 Ogos 2013

Raya Ke 4 di Kota Kinabalu

Pagi raya ke 4, abang Farid terbang ke Labuan seawal pukul 7.30. Kami bertolak dari Seapark Condotel Tanjung Aru menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 5.40 pagi.


Selamat terbang abang Farid.



Pada mulanya abang Farid sendirian ke kaunter untuk check-in sementara Encik Suami mencari tempat letak kereta. Seronok Amie tengok abang Farid sebab sudah pandai berdikari (mungkin pengalamannya terbang dari Labuan - KK - Lahad Datu pada minggu lepas). Bila Encik Suami sampai, dia terus menuju ke tempat abang berbaris dan bantu abang Farid untuk check-in bagasi. Amie tanya, kenapa bantu abang Farid? Biarlah budak tu berdikari sendiri. Encik Suami kata, kalau dia tak ada di situ biarlah abang check-in sendiri, tapi apa salahnya dia bantu abang sebab dia ada, katanya.




Sebelum abang Farid terbang, kami sempat bersarapan di McDonald.


Firdaus pun bukan main seronok pagi-pagi dapat hidu bau burger... walaupun tak boleh makan, dan belum mandi lagi ha ahhahaha...... dia tak tahu sesuatu akan terjadi di sebalik ketawa gembiranya itu!



Akhirnya tibalah masa untuk abang Farid terbang!


Di pintu pelepasan, terjumpalah pula dengan kawan-kawan sekolejnya.... Natalia, Sharina & Shazwana. Senang rasa di hati bila abang Farid tidak keseorangan.


Selamat kembali ke kolej abang Farid. Belajar rajin-rajin, tumpukan perhatian untuk peperiksaan pada hari Isnin ini.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kami tinggalkan.


Ah... hati ibu mana yang tidak terusik? Abang Farid sudah terbang.... dan airmataku turut berhamburan! Kami kembali pulang ke tempat penginapan. Rupanya botol susu Firdaus tertinggal di air port! Syukurlah Firdaus masih mahu menyusu badan walaupun tidak sekenyang mana!


Sebelum ribut taufan melanda, kami cepat-cepat meninggalkan Seapark Condotel, dan menuju ke mana-mana pasaraya atau kedai berhampiran untuk mencari botol susu! Sementara Encik Suami mencari botol susu baru, sempat meleka-lekakan waktu dengan bermain-main dengan Firdaus bersama teman barunya!


Hati kita bukan main senang melihat Firdaus ketawa-ketawa dengan teman barunya yang serba merah hitam itu! Tapi dalam hati.... manalah pergi Encik Suami! Kenapalah lama sangat membeli botol susu!


Akhirnya ribut taufan pun melanda juga! Dah puas melalak, Firdaus mengisap pulak jari tangannya! 



Susu hangat sudah siap sebotol! Tapi Firdaus cuma renung-renung saja. Pertama, mungkin warna botol merah berubah jadi biru. Kedua... puting susu yang memang Firdaus tidak suka! Tapi kata Encik Suami, puas mencari (itu sebab lama sangat baru keluar dari pasaraya) tak juga jumpa puting susu warna kuning bulat kegemaran Firdaus.


Alolo... sayang Mummy! Tak ada rotan, akar pun bergunalah sayang.... daripada terus kelaparan baiklah hisap saja puting susu baru yang Baba belikan tadi. Mungkin terlalu lapar, akhirnya habis sebotol Firdaus hisap!


Nampak tak botol susu penuh berisi dengan tutup merah di hadapan Fuad tu? Macamana boleh tertinggal? Huwaaa.... masing-masing saling salah menyalahkan di antara satu sama lain. He he hehehh.... Sebenarnya kerja mengusung botol susu ini sudah jadi tugas Fuad.



Ketika sedang menikmati burger di McDonald, tiba-tiba Encik Suami tunjukkan seseorang.... katanya: Itu YB Yusuf Apdal (adik YB Shafie Apdal). Jadi, untuk tidak menampakkan sangat jakunnya, Amie pun suruhlah Fuad pindah tempat duduk, konon-kononnya nak tangkap gambar Fuad... YB pulak di belakang tu... tunduk bersarapan.


Dua tiga kali buat muslihat tangkap gambar Fuad, akhirnya dapatlah rakam wajah ADUN daerah Lahad Datu. Selamat hari raya YB! Dan kami pun terus beredar... pada masa inilah Fuad terlupa botol susu Firdaus!




4 ulasan:

Fiza Nordin berkata...

Kasihan si kecil pipi labuh tu....klu tiada anak2 yg nak mengaku salah mereka tertinggalkan botol susu tu marilah salahkan YB tu hahahahaa
*ampun YB, gurau2 saja

Fiza Nordin berkata...

Kasihan si kecil pipi labuh tu....klu tiada anak2 yg nak mengaku salah mereka tertinggalkan botol susu tu marilah salahkan YB tu hahahahaa
*ampun YB, gurau2 saja

Amie berkata...

Fiza,
betul jugak tu kann... kalau tak sibuk nak tangkap gambar YB, tak adalah sibuk pulak nak cari botol susu baru ye Fiza ha hahahaha.

Cheq Sue berkata...

Suka je sy tgk abg farid tu kak...