ADSENSE

Khamis, 1 Ogos 2013

Kek Lapis Cheese Masam Manis : Permintaan Paling Tinggi...

Alhamdulillah. Syukur kepadamu Ya Allah di atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah.... kesihatan yang baik, kesabaran dan kegigihan yang sentiasa pada tahap maksima untuk menyiapkan tempahan kek lapis sehingga menjelang Aidil Fitri nanti. Walaupun ini merupakan kali pertama Amie mengambil tempahan kek lapis untuk hari raya, namun pengalaman selama sebulan menerima dan menyiapkan tempahan pelbagai jenis kek lapis dapat Amie jadikan sebagai panduan dan pengalaman paling berharga selain kemahiran yang tidak ternilai harganya! Kek demi kek yang dihasilkan sebenarnya memberi pengalaman yang berbeza kerana dari situlah Amie dapat mempelajari sesuatu terutamanya kesilapan-kesilapan yang dianggap kecil tetapi memberi impak yang besar.


Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain... itulah peribahasa yang Amie pegang selama ini. Walaupun hanya dapat menghasilkan beberapa biji kek dalam sehari (minima 2 biji dan maksima 4 biji pada hari bekerja dan 6-8 biji sehari pada hari cuti), namun Amie cukup berpuas hati dengan respon pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada teman-teman rapat. Mudah-mudahan sebelum 7hb Ogos pada minggu depan, semua pelanggan dapat menerima tempahan masing-masing.


Nampaknya permintaan Kek Lapis Cheese Masam Manis masih di tempat teratas dalam senarai Amie. Pagi ini saja, di antara 6 biji kek, 5 daripadanya Kek Lapis Masam Manis dan hanya 1 biji Kek Lapis Cheese Chocolate. Antara jenis kek lapis yang diminati selain Kek Lapis Cheese Masam Manis termasuklah Kek Lapis Blueberry Cheese, Kek Lapis Chocolate Peanut Butter, Kek Lapis Chocolate Mint, dan Kek Lapis Strawberry.


Nampaknya telur dalam bakul belum surut-surut! Kadang-kadang terlintas juga perasaan bimbang di hati... mampukah Amie menyiapkan semua tempahan? Oh.... mudah-mudahan... Encik Suami juga semakin memahami. Kalau dulu katanya : 
Buatlah apa yang Mummy suka, tapi kalau penat jangan mengadu dengan Baba. 

Ungkapan yang sering diulang-ulang itu tiba-tiba berubah menjadi :
Berilah tumpuan menyiapkan kek lapis. Hati & fikiran kena tenang, takut nanti tersilap buat. Tak payahlah masak untuk bebuka puasa. Nanti Baba beli saja di luar. 

Yeaaayyy... itu dia! Siapa tak rasa gembira bila dengar si dia berkata begitu. Dan, mungkin dia memahami keletihan kita bersauna di depan oven berjam-jam lamanya sejak sebulan lalu, jadi tugas memasak untuk hidangan bersahur memang dia yang sediakan sepanjang Ramadhan ini! Semuanya kelihatan panas terhidang di meja.



Abang Farid akan pulang bercuti raya pada hari Ahad ini. Nampaknya Abang Farid kenalah belajar terbang dari Labuan - Kota Kinabalu - Lahad Datu. Banyaklah pesanannya nak makan itu dan ini hasil air tangan Amie.... jadi walaupun Encik Suami kata tak payah masak, Amie tetap akan masak juga... hihihiiiik!

14 ulasan:

Asyifa Mustaffa berkata...

Moga murah rezeki akak....:-)
Pasti la anak tu balik nak rasa air tangan mummynya....sy yg dah tua bangka ni pun..klau blik umh mah...nak juga rasa mak masakkan...:-)

EmbunRosaliza berkata...

Alhamdulillah dlm sibuk2 ngan bby firdaus amie tetap boleh melapis kek dgn cantik dan kemas, siapa tak puas hati lagi tak tahu lah, kita tgk pun hasilnya cukup kemas dan teliti.

Best la dpt suami yg memahami, dlm sibuk2 kat sekolah masih amie sempat buat kek dan kukis

ummiross berkata...

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan Amie. Ummi tengok kek lapis Amie tu dah tau sedap,tunggu Amie buka order untuk orang semenanjung je, insyaAllah ummi terus order hihi...

Tentu seronok bila semua dah berkumpul nanti..

Khai♥Rin : anies berkata...

akk kalu nk temaph lps raya bleh??

Amie berkata...

Asifa,
mudah-mudahan Syifa, he heheh saya yang dua kali lebih bangka ni pun kalau balik kg mesti Bonda sediakan masakan terutama ayam masak kicap (semur) hihihiii....

Rosaliza,
syukurlahFirdaus tak banyak ragam elok je kakak ipar jaga dia... cuma kadang2 dia suka tengok kita di dapur... rindu nak nenenlah tu.

Ummiross,
in shaa Allah Ummi, ada rezeki mudah-mudahan Amie dapat juga penuhi permintaan dari semenanjung sebab setakat ni ramai yang ingin tempah, tapi Amie belum bersedia lagi dalam jangka masa terdekat ni.

KhaiRin,
in shaa Allah akan dilayan.

Zaitun berkata...

Kalau dekat nak aje kak Zai menempah.

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Belum pernah makan kek lapis cheese masam manis ini, tapi saya tahu kek lapis awak tentu banyak sedap, jadilah permintaan paling tinggi !

Ita Rossi berkata...

Alhamdullillah Amie..rezeki Allah memang tak disangka. Untung dapat suami yg memahami. Balik Jeram bg tau ye..kita nak order kek lapis.

rahel berkata...

Gue kagum ama lu....teruskan...teruskan....

fazianbatrisyia berkata...

mantop...ibu berkerjaya, ada bby, terima tempahan...Hebat. Semoga yg terbaik buat kak amie. Sy nak sikit aura rajin & bakat kak amie...

Delima Zamrud berkata...

Rajin sungguh Amie cantik2 hasil kerja tangan nyer.. :D..

E-na Zarina berkata...

sempatambil tempahan..mmg superb!! cantik lapisan kek k.amie, kagum betul

Mamasya berkata...

Aslmkum Amie

rasanya mcm baru Amie mula terima tempahan kek lapis, ni dah bertambah byk...murah rezki Amie. dlm sibuk bekerja, dg baby dan famili dpt siapkan tempahan....mmg supermummy!

Rohah berkata...

maju...terus maju kak...