ADSENSE

Isnin, 9 Januari 2017

Peria Tumis Aroma Kari

Bertemu lagi.
Sebelum masuk tidur, kongsi lauk sayur peria yang simple dimple tapi penuh aroma!

Abaikan minyak yang bergenang tu... salah makcik juga! Dah tau mata tu rabun dekat dan rabun jauh, tak diperhatikan betul-betul minyak yang dituang... ahaks! Untuk jaga kesihatan, dinasihatkan sudukan saja sayur tu masuk dalam pinggan nasi, dan tinggalkan segala minyak yang ada! Masa nak tak tangkap gambar, Firdaus pulak tak sabar-sabar minta mandi! Jadi, sempatlah minyak tu turun ke dasar pinggan! Nak ganti bekas lain, malaslah pulak. Senja sedang berlabuh...dah nak gelap!
Jom tengok resepinya di bawah ini. Kali ini tumis pedas dengan cili padi kampung dan tambah aroma dengan serbuk rempah kari!

Bahan-bahan:
300 gram peria - bersihkan - buang biji dan hiris nipis
1 cawan isi udang basah
1 sudu kecil rempah kari ikan
1 sudu kecil biji sawi
1 pelepah daun kari - lurutkan
1 biji cili merah - hiris nipis
minyak secukupnya untuk menumis
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk kasar:
20 biji cili padi kampung
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

 2. Masukkan biji sawi dan daun kari. Tumis hingga daun kari layu.

 3. Masukkan udang dan kacau. Masak sehingga udang berubah warna.

 4. Kemudian masukkan peris dan hirisan cili merah. Gaul rata. Biarkan sehingga peria masak dan kelihatan layu.

5. Akhir sekali taburkan  garam / perasa pilihan dan serbuk kari secara merata di atasnya dan gaul mesra. 
6. Padamkan api dapur

2 ulasan:

cikkyra blogspot berkata...

kawan saya hantu betol dengan peria ni. tapi Faizah tak taulah bila nak try mkn ni. pahit sangat. huwaa

Amie berkata...

Peria warna hijau tua biasanya pahit. Yg kurang pahit warnanya muda hijau keputihan. Nak buang pahit peria yg dah dihiris ramas dengan sedikit garam sampsi keluar air. Lepas tu bilas dan perah sedikit. Heee hee kan elok mkn yg pahit sbb yg pahit itulah sebenarnya ubat.