Ayam Masak Ungkep Style Jawa Johor

9:17 PTG

Petang tadi, rasa nak tertidur selepas solat Asar. Teringat belum masak nasi. Cepat-cepat ke dapur, keluarkan daging ayam dan rendam nak bagi lembut. Terfikir-fikir nak masak apa. Rasanya nak masak ungkep sajalah. Mudah. Cepat dan pastinya sedap. Seperti biasa sambil buat itu ini di dapur, sesekali tangan tu buka hp. Cari resepi ayam ungkep, terbaca resepi dari dapur sendiri! Cubalah resepi ayam ungkep yang lain pulak! Mana tahu ada yang berbeza dari segi bahan atau cara masakannya.
Akhirnya tersinggah ke dapur CIK MATAHARIKU.
Sukalah hati kita dapat dengar cerita Cik Matahariku tentang Ayam Masak Ungkep Style Jawa Johor! Hati pun meronta-ronta nak cuba resepi yang dikongsikan!
Oh! Jam sudah menunjukkan angka 4.30 petang. Daging ayam belu lagi lembut, tapi bolehlah dipotong dengan parang belitung! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Dua tiga kali jugalah baca resepi ayam ungkep tu di dapur Cik Matahariku supaya tak salah langkah ketika memasaknya nanti. Nampaknya semua bahan ada di dapur kecuali ketumbar bijik! Bila disukat hanya dapat satu sudu besar sahaja! Amie telefon Encik Suami, dan tanya di mana keberadaannya sekarang(pinjam Bahasa Indonesia kejap..) Katanya, dalam perjalanan pulang ke rumah Cantik sangat tu... tolong belikan ketumbar ye!
Ketumbar kasar ke ketumbar serbuk?
Nasib baik dia tanya.
Kasar...ketumbar bijik!
Wokey! Kejap lagi  akan penuhlah dapur dengan aroma ayam ungkep!
Tapi Encik Suami tak sampai-sampai hampir pukul 5.30 petang!
Sabarlah wahai hati! Walaupun jarak perjalanan tu tak sampai 1 kilometer, tapi traffic jam itu yang mengganggu kelancaran!
Bahan yang lain sudah siap! Dan hari pun beransur.... nak senja! 
Akhirnya sampai juga Encik Suami dengan ketumbar biji di tangannya.

Dan Ayam Masak Ungkep Style Jawa Johor pun siap dimasak sebelum azan Maghrib berkumandang! Maklumlah... di sini, pukul 6 lebih dah masuk waktu Maghrib. Tu yang nak cepat-cepat masak tu.

Di sini Amie panjangkan resepi mengikut kesesuaian sukatan  sendiri. Minta izin ye Cik Matahariku. Moga terus rajin masak dan kongsi resepi yang sedap-sedap! Amie gunakan semua bahan yang terdapat dalam resepi asal.

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 10 bahagian
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari
3 batang serai - dititik
2 cawan air
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 sudu besar ketumbar biji

Kata Cik Matahariku, eloklah tumbuk bawang putih, bawang merah dan ketumbar, tapi maaflah dik... Kak Amie terpaksa dah! Terpaksa kisar jew sebab nak kejar waktu...hihihiiii!

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar / tumbuk kasar berserta serai. Tumis hingga naik bau! Memang aromanya semerbak penuh satu dapur!

2. Lepas tu masukkan cili kisar. Nampak cili kisar tu macam cili boh pulak dah. Sebenarnya memang betul cili kering tu Amie kisar, tapi mungkin terlalu halus macam cili boh!

 3. Kemudian masukkan serbuk kari dan gaul rata. 

 4. Jangan lupa tambahkan satu cawan air. Biarkan semua rempah bersatu dalam kuali supaya masak mesra.

5. Kalau dibandingkan dengan masakan Cik Matahariku, tumisan Amie nampak lebih basah. Apa tidaknya... semua bahan dikisar, campur dengan air! Terlupa pulak dah beraoir, patutnya tambah 1/2 cawan air jew... terlupalah! Jadi, kena bersabarlah nak tunggu naik minyaknya tu!

 6. Bila dah terbit minyak, masukkan daging ayam. 

7. Tambahkan satu cawan air lagi. Amie hanya tambahkan setengah cawan sebab kuahnya pun dah memang sedia banyak, ditambah pula nanti akan keluar air dari daging ayam.

 8. Jangan lupa tutup masakan untuk proses 'mengungkep'. Perlahankan api dapur, atau gunakan api sederhana panas sahaja.

9. Sekali-sekala tu eloklah buka penutup kuali dan kacau dasar kuali tu supaya tak berkerak. Nanti hangus pulak kalau tak ditengok!. Bila kuah sudah memekat, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan. Padamkan api dapur.

Inilah hasilnya : Ayam Masak Ungkep Style Jawa Johor. Satu lagi nak pesan, kalau makan nasi dengan lauk begini eloklah pakai tangan! Barulah terangkat! Sampai menjilat jari tau!
Sekali lagi: Terima kasih Cik Matahariku.
Lain kali Kak Amie masak santai-santai jew, tak mahu kelam-kabut macam tadi. Kononnya nak tumbuk semua bahan, akhirnya terkisar jugak! 

3 comments

  1. Betul! makan macam ini kalau dgn tangan baru kick dia lain macam
    Tapi kalau yg diet tu kena jaga-jaga dan beringat sebab sekali suap dah mula terbayang tentu akan bertambah jadi 2 pinggan nasi hihi...

    BalasPadam
  2. Wow, Amie! Kuah merah2 pekat2 gitu. Bertambah-tambah nasi, kan?

    BalasPadam
  3. Kakzakie,
    dapat kuahnya pun dah cukup menyelerakan bila digaul dengan nasi...hiks!

    PH,
    warnanya menggoda!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe