ADSENSE

Khamis, 20 Oktober 2016

Sepi Mengajar Aku Erti Rindu!

Bertemu kembali di ruangan yang semakin bersawang ini. Maklumlah.... dah lama tak kongsi coretan, baik resepi atau pun cerita-cerita yang sewaktu dengannya. Memang terasalah sepinya bila hari demi hari, dan minggu berganti minggu dengan keadaan yang sama... Nak masak pun, dapur masih belum siap sepenuhnya. Apalagi nak ambil gambar masakan ... nak tangkap gambar apa kalau dapur tak berasap! Biarlah tukang baiki dapur meneruskan tugasnya dengan tenang.

Entahlah....
Bukan saja dapur yang sunyi, hati ini turut rasa sepi...!
Rasanya ingin kembali ke masa lampau.... masa lalu, masa silam yang penuh keriangan, gelak tawa dan gurau senda! Tapi apakan daya.... tunggu sajalah sebuah novel (kalau Farid jumpa : Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin karya Tere Liye). Ha ha haaa... jiwang pulak entri kali ini....

Sebelum ini, memang tak pernah terlepas meraikan ulang tahun anak-anak, tapi kini segalanya berubah secara perlahan-lahan. Bila anak-anak semakin membesar, dan berjauhan, saat indah bersama, suka duka, gelak tawa dan tengkar-bertengkar sudah semakin kurang dirasai! (Gambar atas : Happy belated birthday buat Fuad dan Fairuz pada 14 & 19 September 2016 lalu).


Dahulu, inilah kami... ke mana sahaja pasti ada 5 Abdul!

Setelah Abdul yang sulung sambung belajar di Bangi, tinggallah 4 Abdul!

Kalau makan makanan yang sangat disukai anak-anak, atau masak di dapur.... terasalah kekurangannya kalau salah seorang tiada bersama!

Si kecil Firdaus kini menjadi penghibur kami.... Namun bukan sepanjang waktu dapat bersamanya! Apa pun Firdaus tetap mampu memeriahkan suasana  dengan keletahnya!

Fairuz!
Kini jadi abang 'sulung' di rumah.
Katanya... nak berehat selepas PT3. Minggu depan, cuti Deepavali kita ke Labuan ye dik. Kita jenguk Fuad di sana. Farid sebenarnya akan bercuti pertengahan semester selama satu minggu. Ingatkan balik LD, tapi tak jadi pulak... katanya, kena masuk makmal. Cadang kami, bolehlah bawa Farid sekali ke Labuan, boleh jumpa Fuad di sana dan berkumpul kami anak-beranak.

 Fuad:
Tunggu kami datang, walaupun tanpa abang Farid.

Buat keluarga kecilku:
Mommy sayang kamu!
 Tak pernah terfikir  bahawa ini adalah masa betapa sukarnya untuk bersama seperti dahulu!

Tiada ulasan: