ADSENSE

Ahad, 6 September 2015

Buras : Jom Masak / Rebus Buras - Bahagian 2

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang disayangi. Pagi ini ada kesempatan untuk sambung entri malam tadi, tentang masakan tradisi masyarakat Bugis... tak lain tak bukan sudah tentunya buras! Kalau semalam kita tutorial masak beras, bungkus dan ikat buras, DI SINI kali ini kita nak masak buras pulak.

 Ini dia buras yang sudah siap diikat.
Sudah siap ikat, kawan-kawan pun balik dulu ke rumah masing-masing. Sebelah malamnya pula, setelah menyelesaikan tugas dan tanggungjawab sediakan makan minum keluarga, mereka pun datang semula. 

Sebelum pulang, kami rebus dulu buras tadi. Mula-mula letakkan beberapa helai daun pisang di dasar periuk. Agaknya, supaya buras yang direbus tak mudah hangus kot kalau leka tak tengok airnya!

 Lepas tu susunlah buras-buras yang dah diikat kemas tu.


 Masukkan air atas paras buras.

Sian ko Kam.... penat bungkus buras, makan dulu sanggar pappek di dapur ye. Ha... selepas itu lenganglah dapur sebab semua balik. Amie kena jaga api dapur. Buras kena rebus selama 4 jam. Tak lama kemudian, sebelah malamnya,  belum pun buras masak, sampailah kawan-kawan kembali ke dapur. Mmmm... wangi tau bau buras yang sedang direbus! Wangi bau daun pisang dan wangi bau berasnya juga.

Haaa.... kata Waritie: Siapa punya ikatan buras ni? Nda kuat.... terlepas, berhambur isinya keluar. Hi hihiiii.... kan dah kata dalam entri lepas, banyak tangan baru yang belajar bungkus, dan ikat buras. Oh! Begitu rupanya.... kena tengok dalam periuk mana tahu kalau-kalau ada bungkusan buras yang terbuka. Boleh keluarkan dan ikat semula. Tak apakan, kita belajar dari kesilapan. Sementara Waritie membetulkan beberapa ikatan buras yang terlerai, kawan-kawan yang lain teruskan tugas mereka di bawah ini....

Ini persediaan untuk esok. Lauk-pauk untuk dimakan bersama buras. Sudah tentulah salah satu lauknya yang terkenal itu.... nasu likku' atau ayam masak lengkuas. Gigihnya kawan-kawanku rewang mengupas halia, lengkuas, bawang, memotong daging ayam dan sebagainya. Pada masa yang sama Waritie memasak buras sekali lagi. Kali ini Waritie gunakan beras pulut pula. Beras pulut hitam campur beras pulut putih.

Ada dua jenis buras, satu daripadanya diperbuat daripada beras biasa atau beras wangi (pilihan), dan satu lagi gunakan beras pulut. Beras pulut pula boleh hanya warna putih sahaja, atau kalau suka boleh campur beras pulut putih dan beras pulut hitam. Cara masakannya sama sahaja, tambahkan santan dan sedikit garam.

Cuma kena pastikan bahagian bawah tidak melekat, dan hangus. Jadi, kenalah dikacau supaya kembang elok.

Haaa... dah hampir kering! Beras pulut pun dah kembang dek santan. Bolehlah angkat dan bawa keluar.

Gotong-royong membungkus pun bermula sekali lagi... kalau sebelah petangnya bungkus beras, kali ini bungkus beras pulut pula.

Kali ini bentuk buras agak kecil dan panjang sikit berbanding bungkusan buras petang tadi yang berukuran empat segi sama
.
Masih gunakan daun pisang yang sama. Daun muda di bahagian dalam, dan daun pisang matang di bahagian luar untuk bungkus keseluruhannya.

 Memang kena teliti sewaktu bungkus buras ni.

 Nampak tak cara membungkus buras di atas tu? Dan juga di bawah ini.

 Dan seterusnya cara melipat hujungnya seperti di atas dan di bawah ini.

Tengok sajalah apa gambar tu 'kata'... he he hee sebab kita pun dah hilang kata-kata. Dengan kata lain kurang istilah untuk menerangkannya ...ahaks!

Kemudian buras tadi pun disusun dua dan kemudian diikat kemas. Buras petang tadi disusun bertindih tiga, tapi yang ini disusun secara berdakap.

Cuba lihat cara ikatannya tu.... ada teknik tertentu yang digunakan. Ikat sekali secara memusing, dan kali kedua secara berselang.

 Dah siap satu ikatan!

Malam itu, Fauzan tak mahu ketinggalan. Selesai solat Isya' di masjid, terus munculkan dirinya di depan pagar...

Kali ini Fauzan bantu sediakan bahan untuk lauk-pauk yang akan dimasak esok paginya. Punyalah bersemangat dia memotong lengkuas... ha... kan dah bagi tahu tadi kami nak masak nasu likku' atau ayam masak lengkuas! Jadi memang kena sedia lengkuas banyak-banyak!

Pada masa yang sama, yang mana pakar membungkus buras meneruskan kerjanya, sementara yang lain potong-potong, kupas bawang dan sebagainya. Ketika itu, buras yang direbus sudah boleh dikeluarkan dari periuk dan lihatlah hasilnya di bawah ini....

 Ini dia sebakul buras yang diperbuat daripada beras wangi!
Manakala buras yang diperbuat daripada beras pulut belum lagi direbus.

Sebenarnya buras ini akan direbus bersama dengan tumbu. Apa itu tumbu? Kami sedang menunggu kedatangan Cikgu James, untuk belajar daripadanya cara-cara membuat tumbu. Wokeeeyyy...

Sambung entri akan datang.....

Klik di bawah ini untuk lebih lanjut:

BURAS ; JOM BELAJAR BIKIN BURAS
BURAS ; JOM MASAK / REBUS BURAS
BURAS : BURAS DAN TUMBU
BURAS : LAUK PAUK






2 ulasan:

nasa mulia berkata...

selalu kalau nak raya, saya dan mak yang siapkan buras nasi dan tumbu pada siangnya....kerja merebus pada waktu malam serah pada bapak...memang dia jaga baik punya api dan air sampailah ke pagi.

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Seronoknya bergotong royong menyediakn buras...atie mmg xpernah nampak la Amie..mkn?apatah lg...tp mmg nampak sedap tuh!