ADSENSE

Jumaat, 11 September 2015

Buras : Buras dan Tumbu - Bahagian 3

Sebelum ini Amie sudah paparkan perkongsian entri tentang buras di sini : Buras: Jom Belajar Bikin Buras - Bahagian 1 dan Buras : Jom Masak Buras - Bahagian 2.
Wokeh....
Malam itu setelah siap bungkus buras pulut hitam yang bercampur pulut putih, kawan-kawan Amie teruskan dengan membuat tumbu. Bahan untuk membuat tumbu sama dengan bahan untuk membuat buras, cuma yang membezakannya....

Membuat tumbu kena gunakan acuan atau alat khas untuk membentuknya supaya sekata. Malam itu kami menunggu kedatangan Cikgu James untuk menggunakan alat tersebut, tapi .... he he heee tak menjadi pula. Akhirnya kami gunakan acuan tradisional yang dibuat sendiri oleh Encik Suami. Kata Misa, Kamsiah dan Waritie, potong saja batang paip pvc sepanjang 2 inci atau lebih. Gambar di atas dan di bawah menunjukkan hasil tumbu itu....

Barangkali selain batang paip pvc, boleh juga kita gunakan batang buluh, sebab bentuknya pun akan sama juga.

Sebelum itu, perlu disediakan daun pisang yang di potong bulat kecil-kecil seperti di atas. Kemudian susun tumbu seperti di bawah ini.

 Misa susun 4 keping dan kemudian dibungkus dengan daun pisang.

Boleh nampak dengan jelaskan tadi tu... cara menyusun tumbu dan kemudian terus dibungkus dengan gelungan daun pisang.

Lepas itu Misa lipatkedua-dua hujung daun pisang tadi, dan kemudian diikat seperti di bawah ini.

Malam itu disebabkan semua keletihan....
Kami putuskan untuk merebus tumbu dan buras pada keesokan paginya.... dan pada masa yang sama kami masak lauk-pauk untuk dinikmati bersama tumbu dan buras.

Oh! Ya.... kali ini Amie nak kongsikan resepi buras. Untuk buat tumbu pun sama saja cara penyediaannya, cuma bezanya tumbu bentuknya seperti yang Amie kongsikan di atas.

Bahan-bahan-bahan:
2 kg beras wangi - cuci dan toskan - selain beras biasa atau beras wangi, boleh gunakan beras pulut putih, atau beras pulut putih campur dengan sedikit beras pulut hitam
1 liter santan dari 2 biji kelapa
garam secukup rasa
air untuk merebus secukupnya

Bahan pembungkus:
pucuk daun pisang muda
daun pisang
tali rafia secukupnya - potong sepanjang 2 meter

Cara:
1. Potong pucuk daun pisang muda bentuk segi empat ukuran 10 cm. Ketepikan.
2. Jemur daun pisang dan kemudian potong bentuk segi empat ukuran 20 cm.
3. Jerang santan dalam kuali dan setelah santan mulai pekat, masukkan beras bersama garam. Gaul sehingga beras mulai mengembang dan mengering.
4. Ambil sehelai daun pisang ukuran 20 cm dan letakkan pucuk pisang muda ukuran 10 cm di atasnya.
5. Letakkan beras bersantan di atasnya kemudian bungkus dengan kemas.
6. Susun secara bertindih sebanyak 3 bungkusan dan ikat dengan tali rafia.
7. Letakkan beberapa helai daun pisang din dasar periuk dan kemudian susun kesemua buras yang telah diikat.
8. Rebus selama empat jam jika menggunakan dapur gas, dan lapan jam sekiranya menggunakan dapur kayu.

Resepi ini pernah tersiar dalam Majalah SAJI Edisi Ogos 2015.





Sambung entri akan datang....

Klik di bawah ini untuk lebih lanjut:

2 ulasan:

Cik Wan berkata...

mampu tengok je lah..nasib baik tak mengidam hehehe

Nooriah Abdullah berkata...

tertelan air liur tengok buras ni Amie lapo lah pulak
bila lah nak rajin nak buat ni??
tahniah utk Amie selalu masuk majalah resepi Amie terbaik lah adinda ni