ADSENSE

Rabu, 9 Julai 2014

Sotong Goreng Daun Ketumbar

Anak-anak bukan main suka kalau Amie hidangkan sotong goreng! Nampaknya hanya resepi seperti inilah yang jadi kegemaran anak-anak, sebab selain goreng memang tak ada yang mahu usik. Amie cuba pelbagaikan cara gorengan sotong dan sebenarnya sepanjang 10 hari berpuasa, sudah empat kali Amie goreng sotong begini, sama ada untuk berbuka puasa atau bersahur. Tak sampai berapa minit, habis licin sotong goreng yang dihidangkan.



Seperti  biasa, Amie campurkan serbuk ENO dalam adunan tepung untuk gorengan. Nampaknya anak-anak sudah biasa dengan aroma dari daun ketumbar, jadi Amie pun tidak ragu-ragu untuk meletakkan lebih banyak cincangan daun tersebut.

Jom kita tengok resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
600 gram sotong - bersihkan, buang kulit, mata, kepala dan isinya termasuk telur, kemudian potong ikut suka
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1 sudu teh jintan manis kasar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk ENO
5 sudu makan tepung jagung
5 sudu makan tepung gandum
3/4 cawan air 
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
minyak

Bahan tumbuk:
2cm halia
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada putih

Cara:
1. Dalam sebuah bekas, campurkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk kunyit, daun ketumbar cincang, jintan manis kasar, pati ikan bilis dan bahan tumbuk. Tambahkan air dan adun sebati. Jika adunan terlalu pekat, tambah sedikit air lagi. Akhir sekali masukkan serbuk ENO  dan gaul sekali lagi. Biarkan 5 minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng tenggelam.
3. Celupkan sotong ke dalam adunan dan goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.



9 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

Salam mie, akak baru beli sotong tadi nak try cara ni lah mcm sedap jeee

adda syuhada berkata...

sedapnyerrr....

Bbwana adienia berkata...

wah, sedap ni kak amie..

ummiross berkata...

waa boleh cuba ni, anak2 ummi pun suka sotong goreng.

..di lesung pecah.. berkata...

Assalamualaikum k.amie..sedapnya..nti blh try lah buat...wanie dah lama x leh nak update blog..geram je..laptop saya makin lama makin lembap..sedih..

ibundo berkata...

nampak sedap mie. nak tiru resepi ek..

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum sedapnyasotong goreng daun ketumbar ni amie..

azieazah berkata...

Mohon nak copy resepi. Sebab saya peminat sotong.

Wattie berkata...

Salam ramadhan Amie,
Sedapnya nampsk sotong goreng tu. Sepanjang puasa ni belum lg masak sotong, asik ayam Saja he he he. A yam klu goreng mcm ni mestizo best jugak kan