ADSENSE

Sabtu, 5 Julai 2014

Menu berbuka puasa : Kari Ayam Berkurma

Beberapa hari lepas Amie masak Kambing Berempah, resepi masakan Arab Kharuf Fi Salsah At-Tawabil. Sedap pula rasanya! Boleh tengok DI SINI. Jadi hari ini Amie cuba pula masak ayam dengan cara yang sama, tapi Amie ubah suai ikut cita rasa keluarga.


Amie gandingkan Kari Ayam Berkurma ini dengan nasi beriyani, tapi malaslah pulak nak taip resepinya... he he heheh. Lain kalilah yea... Makan dengan nasi putih pun okey juga.


Penggunaan buah kurma dalam resepi ini membuatkan kuah menjadi pekat! Amie tambahkan kentang dan lobak merah, dan juga untuk seimbangkan rasa manis kurma dalam masakan, Amie perahkan jus lemon. Seronok tau dapat ubahsuai resepi... Dalam resepi asal gunakan ketumbar dan jintan serta tomato, tapi resepi ini Amie tak bubuh tomato sebaliknya Amie gunakan rempah kari, dan juga gunakan santan kelapa. He hehehe derhakalah tu namanya! Tapi... istilah lain lebih sopan sudah tentunya ... menu ala fusion gitu yea...


Jom kita semak resepinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong ikut suka
2 labu bawang besar - potong dadu
3 sudu makan serbuk kari
2 pelepah daun kari - lurutkan
2 batang lobak merah - potong ikut suka
5 biji kentang - belah 4
200 ml santan pekat
500ml air
3 sudu makan perahan jus lemon  
4 sudu makan minyak sapi
garam / perasa pilihan

Bahan pemerap:
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kayu manis
2 sudu makan serbuk cili
6 biji kurma - kisar
1 labu bawang besar - kisar


Cara:
1. Gaul daging ayam bersama bahan pemerap. Perap selama 2 jam.
2. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga layu dan wangi.
3. Masukkan daging ayam dan gaul sebati. Bila daging ayam berubah warna, tambahkan air, kentang dan lobak merah.
4. Kacau sekali sekala sehingga mendidih, dan jika kuah terlalu pekat bolehlah tambahkan sedikit air. 
5. Setelah daging ayam empuk, masukkan garam / perasa pilihan dan tuangkan jus lemon.
6. Kacau sekali dua, dan padamkan api dapur.

3 ulasan:

adda syuhada berkata...

hebattt!! hebattt!!! nampak sedap...

Wani berkata...

salam kak amie ..sedap lah nampak menu macam ni .. letak buah kurma tentu sedap.. .. nak cubalah nanti.. tq

tun_telani berkata...

rajin kak amie mengolah resepi.. tun puasa2 nih, kepala pon xberapa nk berfikir.. hehe...