Nasi Ayam Sentiasa Jadi Pilihan!

5:31 PTG

Pagi Ahad....
Baru bersiap-siap untuk masak tengahari, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari sekolah. Pelbagai persoalan berlegar di kepala.... Tak habis-habis lagikah persediaan untuk menerima kedatangan nazir yang dijadualkan akan berkampung di sekolah kami minggu depan? Fail mana lagi yang belum lengkap? Adeeeeehhh... ... 
Selesai urusan di sekolah, kita melencong ke pasar. Azan Zohor sudah berkumandang. Sempat jugalah rembat ayam segar, udang, sayur-sayuran dan entah apa lagi. Janji nak masak spaghetti untuk Abang Farid dah ke laut.... dalam kepala berangan-angan nak masak nasi ayam. Masak yang ringkas sudahlah.


Gambar tak berapa nak kemas, sebab dah kelam-kabut...
Encik Suami dan anak-anak dah menunggu di meja!

 Ayam goreng pun main letak seketul jew gitu... tak sempat nak potong-potong!

Memandangkan masa pun dah suntuk, perut pun dah lapar, kita pun mulakan langkah pertama dengan merebus bahagian kaki, tulang dan leher ayam dan hati ayam  terlebih dahulu. Tujuannya sudah tentulah untuk dapatkan air rebusan ayam untuk masak nasi. Sementara menunggu rebusan mendidih, kita sediakan bahan untuk memerap ayam pula. Kemudian kita perap selama 1/2 jam. Air rebusan ayam pun dah mendidih, terus sahaja kita tumis bahan-bahan perencah nasi ayam dan masukkan beras serta air rebusan ayam. Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Kita ambil kesempatan sediakan sos sambal dan sos kicap.


Ayam goreng ni kita goreng gunakan api perlahan jew... Kita tutup kuali dan tinggalkan dapur untuk solat Zohor. Bila kembali semula ke dapur, kita terbalikkan ayam dan tutup lagi. Alhamdulillah, ayam goreng masak dengan sempurna, tidak ada kesan darah dan rasanya cukup lazat!
Jom kita lihat resepinya di bawah ini. Kalau anda suka, halia yang digunakan dalam nasi ayam tu boleh saja diketuk sehingga pecah, tapi kita suka gunakan halia muda yang dihiris nipis...sebab kita nak makan halia tu semasa menikmati nasi ayam....ahaks! Nampak tak hirisan halia dalam nasi ayam kat bawah ni...... ni hirisan orang kelam kabut ni...macam dikejar rimau! Kalau ada masa, hirislah halus-halus...ayu-ayu gitu! Oh! Terlupa... kita tambahkan stok ayam pekat, nak bagi rasa lebih kuat dalam nasi ayam tu....

Mula-mula kita sediakan air rebusan ayam (merangkap sup nasi ayam) dulu seperti di bawah ini:

Bahan-bahan:
bahagian leher dan tulang belakang dada ayam serta kaki ayam - potong ikut suka (kita masukkan hati & jantung ayam sekali dalam tu)
1.8 liter air - (6 cawan air rebusan ayam nanti akan digunakan untuk masak nasi)
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 4
3 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 cm halia - diketuk
1 sudu kecil lada putih - ditumbuk
2 sudu besar perencah MAGGI Cukup Rasa
hirisan daun bawang / daun sup / bawang goreng untuk hiasan

Cara memasak:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan kesemua bahan di atas kecuali lada putih, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
3. Masak sehingga isi ayam lembut.
4. Setelah 6 cawan air rebusan ayam tadi diasingkan (untuk masak nasi ayam) tambahkan lada putih. 
5. Ketika menghidang, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya.

Sekarang kita masak nasi ayam pulak...

Bahan-bahan:
6 cawan beras wangi - cuci dan toskan
6 cawan air rebusan ayam
3 sudu besar stock ayam pekat MAGGI
4 sudu besar marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
4 cm halia muda - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan - siat-siat dan simpul

Cara memasak:
1. Panaskan marjerin di dalam rice cooker. 
2. Tumis hirisan bawang putih, halia muda, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga serta daun pandan. Kacau sehingga terbit bau.
3. Masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan beras wangi ke dalam rice cooker.
5. Masukkan stock ayam pekat MAGGI.
6. Gaul rata dan kemudian tutup rice cooker.
7. Biarkan sehingga nasi menjadi tanak.

Ayam goreng pulak...   hasil gorengan ayam ni tidak garing, tapi lembut luar dan dalam sebab kita goreng guna api perlahan tapi memakan masa yang agak lama sedikit ye.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar - potong 2 bahagian - ketepikan kaki dan tulang belakang bahagian dada ayam
3 ulas bawang putih tumbuk
3 cm halia - tumbuk
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis - kita gunakan Kicap Habhals - cukup rasa dah, tak payah tambah garam
2 sudu besar minyak bijan

Cara memasak:
1. Cuci dan toskan daging ayam.
2. Perap daging ayam bersama semua bahan tumbuk, sos tiram, dan kicap manis selama 30 minit.
3. Goreng tenggelam di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas. Tutup kuali.


4. Setelah daging ayam berwarna kuning keemasan  atau telah masak bolehlah diangkat.
5. Potong daging ayam ikut citarasa dan sebelum dihidangkan renjiskan dengan minyak bijan.

Ini pulak... sos sambal nasi ayam. Lain orang lain caranya sebab lain lidah lain seleranya he he hee... Lidah kita lebih suka kepada sambal nasi ayam yang orang Cina buat tu... lebihkan halia!

 Bahan-bahan:
2 biji cili merah - buang biji
7 bili cili padi
7 ulas bawang putih
5 cm halia muda
2 biji tomato - belah 4
2 sudu besar jus limau kasturi / gantikan dengan cuka pun boleh
garam/ gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
2. Sebaik-baiknya sediakan sambal ini sekurang-kurangnya satu jam lebih awal supaya rasanya lebih mesra ketika dinikmati bersama nasi ayam-ayam and the gang... he he heee!


 Bahan-bahan:
- gunakan lebihan bahan perapan ayam goreng dan tambahkan bahan-bahan di bawah ini:
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan didihkan di atas api sederhana panas.
2. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
3. Padamkan api dapur.

Ini hati ayam yang kita rebus dengan kaki dan tulang ayam. Keluarkan dari kuah rebusan ayam, potong ikut suka dan renjiskan dengan sedikit minyak bijan. Sedia dinikmati bersama nasi ayam.

Sekian.
Cerita pada hari Ahad.
Jumpa lagi.


1 comments

  1. selamat pagi isnin MIe
    nasi ayam lebihkurang dgn nasi lemak tidak dpt di pisahkan drpd kita
    cuma nya nasi lemak pagi dan nasi ayam tenghari hahaa
    terbaik dan mudah disediakannn

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe