ADSENSE

Ahad, 31 Julai 2016

Jus Mangga

Mangga udang memang bersaiz besar, tapi masaknya tak sekata. Kadang-kadang masak ranum bahagian bawah, sebelah atas pula rasa tawar hambar. Nak tunggu masak rata, bermakna bahagian yang sudah ranum tu jadi hancur berulatlah....
Barangkali sekarang ni musim mangga kot (nampak betul dah tak ikut perkembangan dunia)! Setiap hari ada saja buah mangga di dapur. Seminggu dua ni, selang dua atau tiga hari, Encik Suami selalu letak bungkusan mangga madu atas meja. Kita pun... kadang-kadang bila terdengar rakan jual mangga madu, tak lepas peluang pesan, beli dan bawa pulang. Mangga madu kan sedap! Manis dan harum. Jadinya, mangga udang yang ada di rumah tu tak berapa larislah....ahaks!
Mangga udang tu, kita buat jus. Nampaknya ada 3 biji yang benar-benar masak ranum, dan tiga biji lagi belum berapa masak. 

Tak ada sukatan untuk resepi ini. Hanya main agak-agak jew. Kita kisar isi mangga dengan sedikit yogurt dan gula pasir serta sedikit air. Lepas tu perahkan sedikit jus lemon. 

 Kalau suka, tambahkan ketulan ais di dalam gelas minuman.

Nyaman bah!

1 ulasan: