ADSENSE

Sabtu, 30 Julai 2016

Ikan Bolu @ Milkfish Panggang

Terfikir-fikir nak masak lauk apa untuk tengahari ini. Kelmarin, sebab terlalu letih, sampai tak sempat masak. Encik Suami beli nasi bungkus, hanya makan dua tiga suap saja! Kita tidur awal dan bila nak bangun pagi, terasalah sakit-sakit seluruh badan. Entah berapa kali Encik Suami kejutkan untuk solat Subuh, tapi masih tak boleh bergerak! 
Bila kita tarik pintu freezer, nampaklah ekor ikan. Kita keluarkan, dan nampaknya dah beku ikan tu. Agaknya kelmarin Encik Suami beli. Ada dua ekor ikan saiz besar. Lama juga tak masak ikan ni.... ikan bolu kata orang Bugis. Orang putih kata milkfish. Kalau di Indonesia, dikenali dengan nama ikan bandeng dan di Filipina, dipanggil ikan bangus @ bangos. Kita panggil ikan susu... ahaks!
Alhamdulillah... rezeki hari ini, panggang ikan susu. 


Bahan-bahan :
1 ekor ikan susu (anggaran 600 gram) - bersihkan dan potong 2 - kelar-kelar
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak

Bahan tumbuk:
1 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu kecil lada putih

Cara:
1. Perap ikan selama 20 minit bersama semua bahan tumbuk, serbuk kunyit, pati asam jawa, garam dan minyak.
2. Panggang hingga masak kedua-dua belah ikan- kita panggang atas dapur jew - dalam kuali non stick.
3. Hidangkan bersama air asam / budu dll.

Ini sajalah perkongsian resepi untuk kali ini.


 Jemput makan & jumpa lagi.

2 ulasan:

Nooriah Abdullah berkata...

menyelerakan lah Mie macam nak ambik je sepinggan nasi dan ikan tu
tapi apa kan daya tak sampai tangan

Cik Wan berkata...

Salam Amie,dah hujung Syawal ni baru sempat datang beraya :). Sedap nampak ikan ni tapi Cik Wan tak pernah cuba memasaknya. Banyak dijual di Tesco, nampak gemuk2 ikannya. Lain kali boleh try