ADSENSE

Ahad, 31 Julai 2016

Asam Rebus Ikan ala koboi!

Hari ini ada jemputan rumah terbuka dari petang sampai ke malam. Perut pulak semenjak dua menjak ni tak berapa nak sporting! Agaknya dah tak sanggup nak terima segala hidangan seperti nasi beriyani dengan lauk-pauknya yang pelbagai, lemang, ketupat, buras, sambal kacang, rendang, sate dan segala macam jenis minuman! Bila dah begini barulah nak beringat...... dan teringat boleh dikira dengan jari kita masak di rumah. Selebihnya ke sana-ke mari. Seronok betul gantung periuk. Peringatan untuk diri: Lain kali kena ingat perut awak tu dah tak berapa nak sporting! Dengan kata lain perut dah nak masuk warga emas tu he he heee.... Makanlah seadanya, jangan berlebihan terutama rendang! Sebab kita memang hantu rendang!
Apa pun, makan tengahari kena juga dihidangkan untuk keluarga walaupun rasa tak berapa bertenaga masuk dapur! Kita masak ikan susu... masak asam pedas ala-ala koboi jew...


 Bahan-bahan:
1 ekor ikan susu (anggaran 600 gram) - bersihkan dan potong menjadi 5 keping
700ml air
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
1 labu bawang besar - mayang kasar
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 biji cili merah - buang biji
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan

Cara:
1. Masukkan air di  dalam periuk. Maukkan semua bahan kisar, serai dan asam gelugur.
2. Biarkan  masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan susu dan masak lagi selama 5 minit.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.


 Jom makan nasi lauk asam rebus ikan susu.

Alhamdulillah.
Malam ni gantung periuk lagilah nampaknya.

3 ulasan:

wmm chevy berkata...

Assalam Kak AMie

Saya memang tak pernah makan ikan susu dan tak pernah kenal pon. Pernah nampak di pasar.Banayka tulang ke ikan ni.Macamana rasa dia.macam parang ke tenggiri ke?Sesuai masak apa ya? Maaf banyak soalan.

terima kasih

Wani Sukarno berkata...

SALAM kak amie .. tak pernah tengok ikan susu ..nampak sedap ..ke ada nama lain kot2 kenal

LiNa_Pg berkata...

Kalau masak camni,mesti suka hirup kuah sampai licin hehee