ADSENSE

Isnin, 25 Julai 2016

Angel Hair Marinara

Farid suka sangat pesan spageti kalau makan di Pizza Hut atau tempat lain yang menawarkan hidangan spageti. Kadang-kadang kita tengok, spagetinya bukan main menimbun tapi sosnya ala kadar saja. Tak tahulah, mungkin Farid boleh habiskan sepinggan spageti dengan sos yang sedikit! Bagi kita...ikut selera kitalah.... biar spageti tu sedikit, yang penting tenggelam oleh sos....ahaks! Kalau begitu gayanya, eloklah masak sendiri di rumah, boleh bubuh sos banyak-banyak!


Dari kelmarin lagi nak masak spageti, tapi yang ada di dapur hanyalah sebungkus angel hair! Angel hair pun boleh juga kita masak, kan ke angel hair juga keluarga dengan pasta yang lain. Macam spageti jugak, tapi angel hair ni kira adik spagetilah... he he heee sebab dia kurus sikit berbanding kakak spageti. Kita nak gandingkan angel hair dengan sos marinara... eh!  Katanya sos marinara ni asalnya dari Naples di Italy sanun.... dan sesuai untuk masak campur dengan seafood. Kita ada sejenis seafood jew... udang! Kita tambahkan sedikit bebola udang, nsk bsgi meriah-meriah sikit.


Bahan-bahan:
400  gram angel hair - masak ikut arahan di luar paket / bungkusan - jangan lupa bubuh satu sudu besar minyak zaitun dan secubit garam - masak angel hair ni kejap jew dalam 3-4 minit, taklah lama macam kakak spageti tu...
5 sudu besar minyak zaitun
680 gram Prego (Tomato Pasta Sauce) Prego
2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 kg tomato - potong dadu
600 gram udang basah - dibersihkan
400 gram bebola udang
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
1 cawan air
garam / perasa pilihan secukupnya
keju parmesan secukupnya

Cara:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan tomato dan gaul rata. Tambahkan 1 cawan air dan biarkan tomato masak hingga hancur dengan api sederhana.
3. Tuangkan sos Cendawan Prego, garam / perasa pilihan dan lada hitam.
4. Masak sehingga kuah sebati dan agak pekat.
5. Masukkan bebola udang serta udang basah. Kacau sekali-sekala sehingga bebola udang dan udang masak.
6. Padamkan api dapur.
7. Hidangkan angel hair bersama sos marinara dan taburkan dengan keju parmesan.

 Wokeh!
Angel Hair Marinara sudah mari.... jom makan sama!

2 ulasan:

nor berkata...

Salam..
Masa di Itali. .Di luar bandar.. mereka masaknsimple lagi.
1 labu bawang potong racik sesuka hati..
Kemudian dua tiga cekak sayur saderi or flat leaf parsley.
Bawang besar sebuk hiris ..atau bawang merah ke cik. . 10 -15biji..

Basuh daun saderi. Potong semua daun dan batang halus halus..
Tumis bawang.. bawang tadi.
Bila dah wangi... masukkan daun saderi dan batang yg diracik halus. .garam lada putih dan hitam secukup rasa.. kalau nak boleh tambah Chili hiris..
Masukkan apa saja pasta yang ada.. setengah kotak.

Gaul.
Sampai semua dah masak boleh makan. Rasa manis dan sedap.. cubalah. Ni kalau dia org makan kat rumah. Kalau terlalu banyak rich food sebelumnya so dia makan pasta simple cooking with basic ingredients.
Kalau nak sedap sikita letak rencah udang atau sotong..

Wassalam

nor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.