ADSENSE

Isnin, 11 Ogos 2014

Percubaan.... percubaan... satu... dua... tiga!

Alahai....
Entah berapa lama agaknya dapur mayaku ini tak berasap! Bukan apa... talian internet yang sangat lambat bak siput khinzir mengesot ini membuatkan daku rasa rimas! Asyik tertangguh-tangguh nak masukkan entri masakan. Berjam-jam menunggu depan Mr. Lappy membuatkan daku jadi bosan! Sehari dua ini talian okey pulak, tapi mood untuk kongsi resepi masih terbenam di dasar laut. Nak korek balik bawa naik ke pantai kena ambil masa pula kaaannn, sebab  tak tahu nak mula cerita dari mana.


Entahlaaaa... memulakan sesuatu adalah perkara yang  sukar dan ada kalanya rasa macam serba tak kena. Dicelah timbunan gambar masakan yang entah hape-hape tu, terjumpa gambar raya pula. Tepek sajalah di sini.... he hehheeh. Ini wajah bujang kami yang kedua, Fuad dengan adik bongsunya... Firdaus laaa tu! Selalunya dua beradik ni tak boleh jumpa.... asyik nak bercakar saja. Macam musuh ketat pulak. Tapi di pagi raya yang mulia itu elok pulak dua-duanya, berdamai sepanjang hari macam isi dengan kuku!

5 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

assalam amie, akak tunggu resepi baru ni cepatlah korekkk, memang lepas raya mmg mood betul2 didasar laut kan haha

Faudziyah Haji Ariffin berkata...

Assalamualaikum Amie, Geram tengok si kecik tu bakai baju melayu. Cute sangat. rasa nak cubit sikit aiii. hehehe

ct cucubi berkata...


Assalam kak amie. Selamat hari raya! =)

Yana Shaiful berkata...

~~Selamat hari raya Kak Amie..

suka tengok si tecik tu pkai baju melayu..comel sgt ^__^

ummiross berkata...

Amie..suka tengok gambar mereka berdua...santai je.