ADSENSE

Ahad, 24 Ogos 2014

Mango Casablanca .... saiz paling besar pernah kuhasilkan!

Semasa majlis jamuan hari raya yang diadakan di sekolah tempohari, Amie bawa sedulang Mango Casablanca. Rasanya inilah saiz paling besar Amie pernah buat setakat ini dengan menggunakan 2kg isi mangga! Cream cheesenya pula seberat 1/2 kg. Amie kurangkan penggunaan cream dari 4 tin kepada 3 tin sahaja, manakala susu pekatnya pula sebanyak 1 tin. Biskut.... aaa biskut tak kira berapa keping, tapi hampir habis 1 paket!

Amie tutup bottom loose pan dengan aluminium foil... pelan-pelan bawa ke sekolah! Suruh Fuad pegang elok-elok semasa Amie pandu kereta.
 

Walaupun acara belum bermula tapi kawan-kawan tak sabar nak tengok rupa parasnya. Dah tengok rupa parasnya, dipotong-potong pula. Kononnya untuk persediaan awal sebelum majlis bermula.


Ketika sedang dipotong adalah beberapa tangan nakal mencopetnya.... Tak sabar nak tunggu manjlis bermula,  nak merasa dulu katanya sebab nampak macam sedap!


 Tidak dinafikan.... tiada siapa setakat ni yang kata tak sedap! Ha... tengok tu... boleh tak bayangkan keadaan Mango Casablanca yang sepatutnya dinikmati semasa jamuan hari raya tapi sudah di jamah awal! He he hehee.....
Apa pun....biar ada tangan nakal dan sebagainya, yang penting dessertku ini habis licin!

3 ulasan:

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Sedapnyaaa!!

Cahaya Yangmaher berkata...

Saya dah cuba resipi puan ni, cuma bila potong lembik pulak
Saya gantikan manga dengan peach sebab rasa teringin nak guna peach. Boleh ye share dalam blog saya resipi akak yang meletops ni..hihi

Cik Wan berkata...

cedapnyaaa....dah lama teringin nak cuba..in sha Allah...kalau buat Cik Wan upload ye