ADSENSE

Ahad, 24 Ogos 2014

Kacang Tanah Rebus

Pernah makan kacang tanah rebus? Makan kacang goreng tentu pernah kaaannn.... tapi sebenarnya kacang goreng tu dipanggang! Entah kenapa disebut kacang goreng. Orang sekarang jarang jumpa kacang tanah rebus! Sekali-sekala tu tentu ada juga terserempak di pasar malam atau di tepi jalan. Anak-anak (merujuk anak sendiri) tak berminat dengan kacang tanah rebus, padahal inilah benda yang paling Amie suka masa kanak-kanak dulu. Kalau mak tanam kacang tanah, tak sabar tunggu arahan untuk cabut pokoknya sebab teruja nak tengok kacang tanah yang berjurai-jurai tu! Dah berpuluh tahun rasanya tak merasai lagi suasana mencabut pokok kacang tanah, meleraikan dari akarnya, dan merebusnya! Kalau sesekali terjumpa orang jual kacang tanah di pasar, memang Amie tak lepaskan peluang membelinya. Sepanjang bulan Syawal ini, rasanya sudah tiga kali Amie beli kacang tanah. Berkilo-kilo banyaknya. Amie rebus dan makan ramai-ramai bila keluarga sebelah suami datang.


Untuk mendapatkan hasil kacang tanah rebus yang enak tentulah ada cara tertentu untuk digunakan. Misalnya kacang tanah hendaklah direbus lama, dengan api perlahan selain mencampurkan garam dan gula sebagai perasa yang enak dan berlemak! Jom kita tengok resepinya, walaupun ringkas tapi kalau diikut dengan betul, pasti anda akan tercari-cari lagi!

Bahan-bahan:
1 kg kacang tanah - rendam lebih kurang setengah jam untuk menghilangkan bekas tanah - kemudian toskan
air separas kacang dalam periuk
1 sudu makan garam
4 sudu makan gula

Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Rebus kacang dengan api perlahan selama 3-4 jam. Jika air kering, boleh tambah.

Amie gunakan slow cooker  butang 'high' sebab tak perlu tambah air. Jika gunakan slow cooker terpaksalah tunggu selama 5 atau 6 jam untuk hasil yang memuaskan, lembut dan meresap perasanya.

 

Gerenti tak pandai berhenti mengupas dan mengunyah isi kacang tanah rebus ni, sebab isinya sangat lembut, lemak manis!

8 ulasan:

asyifa mustaffa berkata...

Sy pnh dlu rebus ni k.amie...tp x lembut2...tension sy! Pastu x pnh try dah..

nasa mulia berkata...

memori lama ketika kanak-kanak cabut sendiri dan rebus dan makan ramai-ramai...

Bicara Kak Noor berkata...

fav kaknoor kacang rebus, atau apa2 kacang Mie dpt yg dah di kupas tu kan ke bagusss

Bbwana adienia berkata...

kacang rebus memang peberet sangat..tapi, jarang dapat buat sendiri..selalu beli yang sudah direbus di tg.aru tu..heheh..

Umie Jazz berkata...

Assalamualaikum Amie..sedapnya klu dpt mkn kacang rebus ni panas2...teringat masa kecil..jiran sebelah rumah suka tanam sendiri kacang tanah ni dikebunnya.Bila kacang tanah ni boleh direbus dan dimakan pasti akan dihulurkan semangkuk pada kami keluarga ...sedap sgt...=)

Fiza Lgk berkata...

Salam kak Amie...sedapnya kacang tanah rebus. Setengah peniaga masukkan sedikit serbuk kunyit ketika merebusnya utk mendapatkan warna yg cantik. :)

ummiross berkata...

sedap makan sambil menonton TV ni...

Noratiqah Zulkiffili berkata...

Boleh tak kita rebus kacang yg jual paket2 tu mcm cap ngan yin ke pagoda ke