ADSENSE

Rabu, 13 Ogos 2014

Ikan Pekasam Goreng Kukus

Amie sebenarnya tak biasa makan pekasam. Tapi Encik Suami suka pula, dan mungkin kebetulan ada sebekas ikan pekasam pemberian kawannya yang baru pulang dari Kedah.... atau mungkin selera makannya inginkan sedikit perubahan! Maklum sajalah... lepas raya, kalau asyik makan daging atau ayam tekak pun rasa tak berapa nak terima. Minggu lepas Amie goreng 3 ekor ikan pekasam, dan Encik Suami akan mencuit sedikit ketika menjamah nasi. Tak habis, Amie simpan dalam peti sejuk. Disebabkan rasa sayang nak buang, setiap kali masak nasi dan sementara menunggu nasi tanak sepenuhnya, Amie bubuh ikan pekasam goreng tadi dengan alas pinggan kecil ke dalam rice cooker. Bila dihidang, Encik Suami tetap mencuitnya, sedikit dan begitulah seterusnya selama beberapa hari sehinggalah habis tiga ekor ikan pekasam yang kecil tadi.


Amie rasa macam terlebih goreng pulak sebab semacam je warna ikan pekasam tu. Pada masa yang sama butang rice cooker naik ke atas menandakan nasi sudah kering, jadi Amie pun masukkan ikan pekasam goreng tadi ke dalam piring kecil lalu letak di atas nasi tadi. Nampaknya, selepas digoreng, ikan pekasam tadi diwapkan pula... ha hahaha apa jadi?


Okey aje bentuk ikan pekasam goreng yang Amie wapkan @ kukus dalam rice cooker tadi. Amie kurangkan minyak gorengan ikan pekasam tadi, agak-agak cukup untuk goreng sebiji bawang besar, 5 ulas bawang putih yang dimayang, tga biji cili hijau dan sebiji cili merah yang dihiris. Untuk mendapatkan rasa yang lebih pedas, Amie tambahkan beberapa biji cili padi minyak. Wokey.... bila bahan gorengan tadi nampak layu, Amie pun tuangkan di atas ikan pekasam goreng kukus tadi. Jangan lupa perahkan limau kasturi!


3 ulasan:

ummiross berkata...

Amie...ikan pekasam ni memang penambah selera.
Bagus juga idea mengukusnya dalam rice cooker tu.

Yana Shaiful berkata...

Salam kak amie..
Bestnya ikan pekasam..mak mertua yana kat kedah mmg slalu bt.. terbaek ikan pekasam beliau..mkn dgn ns pns2 + smbal belacan.. bertmbah2 ns ^_^

Suzana Ibrahim berkata...

As-Salam Amie...saya suka makan ikan ni terutama dari kedah.tapi macam tu lah cuit sikit2 tapi sampai menambah nasinya.