ADSENSE

Ahad, 13 Julai 2014

Nyamannya berbuka dengan Jelly Kelapa!

Hari ini terajin sedikit nak buat jelly. Ada sebungkus serbuk jelly kelapa dalam kabinet dapur, dan entah bila masanya dibeli benda ni. Tengok tarikh luput  pada 30 November 2014. Oh! Sebelum sampai ke tarikh itu baiklah digunakan. Jadi kerja-kerja menjelly pun bermulalah.....


Bahan-bahan:
225 gram serbuk jelly kelapa
2 biji air kelapa muda campur dengan air sehingga 300ml 
isi kelapa muda - ambil yang benar-benar lembut anggaran 1 cawan
1 cawan gula melaka

Cara:
1. Masak air bersama air kelapa muda hingga mendidih.
2. Masukkan gula melaka dan isi kelapa muda.
3. Kacau hingga sebati dan padamkan api dapur.
4. Tuang ke dalam bekas pilihan dan bekukan di dalam peti sejuk.


Untuk kuahnya, Amie gunakan susu cair serta sirap rose sebagai penyeri.
 

Keluarkan jelly kelapa dari acuan, dan bubuh dalam bekas. Tambahkan hirisan buah-buahan kegemaran. Tuangkan susu sirap rose dan tambahkan ketulan ais batu.
 

4 ulasan:

Rizziela berkata...

sedapnya..melelh air liur tengok

Rohah berkata...

Nyamannye ni...anyes neng tekak

hazila berkata...

Salam Amie,

Lama juga saya tak buat jelly kelapa. Esok cuti boleh cari kelapa muda.

fazianbatrisyia berkata...

mantoppp....