ADSENSE

Khamis, 24 Julai 2014

Kekapis @ Scallop Masak Lemak Cili Padi

Makan kekapis memang mengasyikkan! Apalagi kalau hanya dimasak secara ringkas, kemanisannya dan kekenyalannya terasa begitu enak sekali. Tapi kali ini Amie cuba resepi Kekapis @ Scallop Masak Lemak Cili Padi pula. Walaaaa......


Bahan-bahan:
500 gram isi kekapis yang telah dibersihkan 
200 ml santan pekat
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur
garam / perasa pilihan
minyak

Bahan tumbuk:
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk bersama serai hingga wangi.
2. Masukkan kekapis dan asam gelugur. Kacau seketika dan tambahkan santan pekat.
3. Apabila santan mula mendidih, masukkan garam / perasa pilihan.
4. Padamkan api dapur.
 


Jangan ambil masa yang lama untuk masak kekapis sebab nanti kurang kemanisan dan kekenyalannya bertukar liat pula!

2 ulasan:

fazianbatrisyia berkata...

tak penah masak sendiri scallop. mesti sedap ni...nak2 dpt yg fresh

ummiross berkata...

Amie... Ummi tak pernah makan lagi kekapis, xtau
macamana rasanya.
Tp nampak masak lemak cili api tu, memang sedap!!