ADSENSE

Sabtu, 5 Julai 2014

Kacang Gingko & Barli

Mari kita nikmati hidangan kacang gingko dengan barli yang dimasak bersama gula batu sebagai salah satu hidangan berbuka puasa. Barli dikatakan boleh mengurangkan panas badan manakala kacang gingko pula mempunyai khasiat mampu menguatkan daya ingatan.


Boleh dinikmati ketika masih panas dan jika suka boleh disejukkan atau tambah dengan ketulan ais.



Kepada sesiapa yang belum pernah melihat kacang gingko, inilah rupanya. Kacang gingko ini sudah dibuang kulitnya! Boleh beli di pasar raya atau cold storage.



Amie gunakan 2 liter air untuk merebus kacang gingko dengan beras barli  dan tambahkan dua helai daun pandan yang disiat supaya wangi. Didihkan selama 1/2 jam. Amie gunakan 1 cawan kacang gingko dan 1 cawan beras barli.



Kemudian masukkan gula batu dan renihkan kembali selama 1/2 jam. Amie gunakan 1 cawan gula batu. Tapi terpulang dengan citarasa masing-masing. Kalau nak manis-manis manja boleh kurangkan, nak manis boleh tambah.



Inilah hasilnya. Sedap dan berkhasiat

2 ulasan:

Bicara Kak Noor berkata...

assalam mie, kaknoor tak pernah makan kacang ni, baru pernah tengok jua ni, nanti nak kena sekodeng kat pasaraya lah untuk mendapatkan minuman yg sihat ni

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Amie..tak pernah mkn kcg ni gak...bagus diminum time berbuka nih!