ADSENSE

Selasa, 15 Julai 2014

Ikan Tuna Masak Merah

Kalau ikut kehendak dan selera anak-anak, memang menu ikan merupakan pilihan terakhir selain ayam sebagai pilihan utama, diikuti dengan lamb. Apa pun Amie sentiasa cuba 'memujuk' agar anak-anak menjadikan ikan sebagai lauk pilihan ... kalau boleh yang pertama! Itu sebabnya Amie pelbagaikan resepi masakan ikan di bulan puasa ini dan Amie kenal pasti sangat anak-anak suka makan ikan masak sos.


Bahan-bahan:
5 keping ikan tuna - bersihkan - lumur dengan sedikit garam dan kunyit
1/2 cawan sos cili Thai
1/2 cawan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit belacan
sedikit halia


Cara:
1. Goreng ikan tuna hingga masak. Angkat.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ikan tadi, dan tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan sos tiram, sos cili Thai, sos tomato dan kicap manis. Gaul rata dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ikan goreng dan gaul sebati.
5. Padamkan api dapur.

2 ulasan:

Yana Shaiful berkata...

Ikan klu msk mcm ni mmg cepat laku kan kak Amie..sedapp..Alhamdulillah anak2 yana lg suka mkn ikan dr ayam ^__^

azieazah berkata...

Sedap sedap! MAkan dengan nasi putih panas. Air Bandung Ais. Arhhh!