ADSENSE

Ahad, 19 Januari 2014

Gulai Ikan Tongkol Dengan Nanas

Nampak berselera sekali Fuad, Fairuz & Encik Suami makan nasi lauk Gulai Ikan Tongkol Dengan Nanas malam tadi. Amie pun terpaksalah angkat bakul berlubang untuk puji masakan sendiri ha hahahah......


Amie gunakan 3 biji bawang besar kisar dalam gulai ini. Tapi.... waktu menumis bahan perencah yang dikisar bersama bawang besar tu kenalah lama sikit hingga pecah minyak supaya bawang benar-benar masak, barulah timbul rasa yang sedap. Amie tambah nanas yang dicelur terlebih dahulu.... walaaaaaa... habis licin nasi dalam periuk. Kesian pulak tengok Fairuz yang hendak menambah nasi (entah kali keberapa), tapi tak dapat!


Resepi : Gulai Ikan Tongkol Dengan Nanas
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg ikan tongkol - bersihkan dan potong ikut citarasa
12 keping nanas yang telah dicelur (Amie gunakan nanas hampir masak - ada rasa masam manis) - toskan airnya
150 ml santan cair
200ml santan pekat
1 keping asam gelugur
gula melaka secukup rasa
garam / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
3 biji bawang besar - belah 4
3 biji bawang putih
1 biji tomato - belah 4
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan



 Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan gula melaka, asam gelugur dan santan cair. Biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan nanas dan ikan tongkol. Tambahkan santan pekat.
4. Masak sehingga kuah menjadi pekat. 
5. Perasakan dengan garam /  perasa pilihan.

3 ulasan:

Fiza Lgk berkata...

Assalamualaikum K.Amie...antara banyak2 ikan saya paling suka ikan tongkol. Sedap...apalagi di masak gulai dgn nanas macam ni. T/kasih kongsi Idea <3

Umie Jazz berkata...

Uj suka ikan tongkol ni..ikan nya pun x byk tulang senang anak2 nk makan..sedap nampak gulai amie tu

Kak Nita berkata...

salam Kak Amie,

good idea ...sebelum ni dok buat kari ketam /gulai ikan masin jer campur dgn nenaskan..
sedap tu ...kalau kena dgn nasi panas2 maunya tambah 2-3 pinggan hehehe...