ADSENSE

Ahad, 12 Mac 2017

Roti Inti Kelapa

Bila cerita tentang roti, Amie orang yang paling ketinggalan! Apa tidaknya.... malas nak menguli! Ada bread maker pun, cuma sekali saja digunakan! Lepas tu masuk kotak semula! Tapi Amie suka makan roti panas yang baru keluar dari ketuhar. Harum jew baunya. Sewaktu hayat MIL masih ada, malas pula nak belajar buat roti. Padahal MIL pakar buat pelbagai jenis roti. Pernah sekali berazam nak belajar buat roti selama 2 minggu di kilang sepupu Encik Suami. Nanti boleh mahir buat macam-macam jenis roti. Sayangnya, hanya sanggup 2 jam berada di dalam kilang tersebut! Tak tahan panas melihat ketuhar yang bersaiz besar! Ada saja alasankan?
Entah angin dari mana, tiba-tiba hari ini rajin pula menguli tepung! 

Inilah hasilnya!
Roti Inti Kelapa... roti yang biasa kami makan dulu-dulu! Encik Suami pula memang suka beli roti inti kelapa! Kali ini kenalah makan hasil tangan Puan Isteri ye!
Gambar di bawah ini Amie ambil sebaik sahaja roti keluar dari oven.
Nampak agak kering bahagian atasnya. 
Kalau nak nampak lembut dan gebu eloklah sapu dengan marjerin supaya lebih berseri dan berkilat!

He he heee... dah bubuh bijan sebagai aksesori, susahlah pulak nak sapu marjerin. Amie bubuh sikit-sikit di bahagian tepinya. Jadi naik seri sikitlah roti tu seperti di bawah ini.

Jom tengok resepinya di bawah ini. Resepi ini sangat sesuai kepada sesiapa yang nak berjinak-jinak membuat roti. Tak banyak bahan yang digunakan, setakat bahan asas sahaja. Sukatannya pun mudah. Tak payah timbang. Gunakan cawan dan susu saja...hiks!

Bahan A:
11 gram yis  (1 paket)
1 cawan air suam

Bahan B:
3 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin
1 biji telur

Bahan tambahan:
Sebiji telur dan 1 sudu besar susu cair - bancuh untuk glis atas roti
Bahan hiasan : bijan hitam dan bijan putih

Inti:
2 cawan kelapa parut
4 sudu besar gula perang
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air

Didihkan air dan masukkan gula perang, gula pasir, garam serta kelapa parut. Kacau rata hingga sebati dan hampir kering tetapi sedikit melekit. Ketepikan.

Cara:
1.  Untuk Bahan A : Masukkan yis ke dalam bekas berisi air. Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
2. Bahan B : Telur dipukul ringan. Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan tepung gandum, susu tepung, gula, marjerin dan telur. Gaul rata.
3. Tuangkan sedikit demi sedikit bancuhan yis dan uli adunan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
4. Rehatkan doh selama satu jam. Doh akan mengembang dua kali ganda dari bentuk doh asal.
5. Uli sekali lagi doh tersebut, dan tumbuk-tumbuk sedikit.
6. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Dan setiap bahagian di bahagi dua lagi. Amie dapat 16 biji doh, tapi ada yang tak sama jadi Amie cubit sedikit-sedikit dari doh yang agak besar. Dapat sebiji doh lagi. Semuanya berjumlah 17 biji ketul!
7. Leperkan doh, dan isikan dengan satu sudu besar inti kelapa. Kemudian tutup semula dengan kemas.
8. Kemudian letakkan secara tersusun di dalam bekas pilihan yang sudah dgris dengan marjerin.
9. Sapukan sedikit bancuhan telur dan susu cair di atas roti dan kemudian taburkan sedikit bijan hitam dan bijan putih.
10. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan (sekurang-kurangnya 10 minit) dengan suhu 150'C atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing untuk membakar roti selama 25-30 minit. Amie bakar selama 25 minit.


 Tak sabar nak merasa hasilnya!

 Firdaus pun sibuk panggil Encik Suami ke dapur! 
Ha ha haaa... roti pertama yang masih panas terus masuk ke mulut Encik Suami!

 Firdaus pun tak mahu ketinggalan!

 Panas lagi tu sayang!

 Rupanya Firdaus cari inti kelapa!

 Jom minum petang!

 Lupa pulak nak tunjukkan inti kelapa dalam roti!
Warna inti kelapa tak terang sebab Amie gunakan gula perang.

Amacam?
Okey tak? Selama ini asyik tengok MIL buat roti, apa salahnya cuba sendiri.


4 ulasan:

Phong Hong berkata...

PH suka makan roti dan ban tapi tak kuasa nak buat sendiri. Seronok pulak tengok si Firdaus menikmati roti inti kelapa.

HALAMANKU berkata...

wah kak amie.. cantik n gebunya roti inti kelapa tu, sedapnya kalau dapat mkn roti panas2 n fresh ni.. nyum.. nyum..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

terliur pulak petang2 ni nampak roti kelapa amie....
saya pun dah lama tak meroti... hujung minggu ada2 saja program.
hari kerja memang tak sempat nak bereksperimen. sekadar sempat siapkan rutin harian je.

Amie berkata...

PH,
main uli-uli jew tu...

Halamanku,
ya..sedap! Jemput

Madiha,
betul tu Madiha... kalau memaksa juga, bantat jadinya ha haaa sebab buat roti ni kena ada perasaan