ADSENSE

Sabtu, 4 Mac 2017

Bingka Keledek Ungu Yang Sangat Sedap!

Selamat malam semua!
Jumpa lagi di bulan Mac.
Entri kali ini resepi ulangan, sebab suka makan : Bingka Keledek Ungu! Sebelum ini Amie cuba buat bingka ini dengan menggunakan resepi asal dari dapur RAHEL. Memang sangat puas hati walaupun sukatannya Amie tambah. Kali ini Amie gunakan sukatan sendiri, dengan kuantiti yang lebih banyak. Buat Rahel, jasamu dikenang! Dapurmu memang sentiasa mengkagumkan!

Bahan-bahan:
600gram keledek ungu - kupas - kukus
2 cawan tepung gandum - ayak
1  1/4 cawan gula pasir - jika suka rasa lebih manis, boleh tambah
4 biji telur gred A
2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh esen vanila
6 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
bijan hitam dan bijan putih secukupnya

Cara:
1.Satukan keledek, gula pasir, telur, santan dan minyak. Kisar halus.
2.Satukan bahan kisar dengan esen vanila dan tepung gandum, dan gaul rata.
3.Tuang ke dalam loyang 8" X 8"  yang telah digris dengan marjerin.
4.Taburkan bijan hitam dan bijan putih di atasnya.
5.Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 35-40 minit.
6.Setelah masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong.

Untuk tutorial lanjut boleh klik DI SINI : BINGKA KELEDEK UNGU.

2 ulasan:

Omong Mak Long..... berkata...

Assalam Amie,

Memang sedap bingka ni. Anak Mak Long pun suka dan minta buat lagi. Mak Long bakar keledek tu dalam ketuhar sebab malas nak basuh periuk hahaha.

Amie berkata...

Waalaikumussalam Mak Long,
alhamdulillah... masih ada peminat kuih tradisi.