ADSENSE

Jumaat, 11 Disember 2015

Sotong Masak Kari Istimewa!

Sotong....
Kalau sotong, resepi yang biasa Amie kongsi tak lari dari sotong goreng! Itulah satu-satunya resepi yang sangat digemari dan selalu dinanti-nantikan seisi rumah!
Tapi hari ini Amie ubahlah sikit resepi sotong. Asyik resepi sotong goreng saja, nampaknya tak bertambahlah resepi sotong dalam dapur maya ini...ahaks! Dengan menjadikan resepi AYAM MASAK KARI PAKISTAN sebagai sumber inspirasi, Amie olah sotong menjadi Sotong Masak Kari Istimewa sebagai hidangan tengahari kami. Apa pun Amie tidak gunakan cili serbuk sebaliknya Amie gantikan dengan cili merah kisar. Ayam Masak Kari Pakistan tidak gunakan rempah kari tapi Amie tambahkan serbuk rempah tersebut. Sebenarnya bahan asas yang Amie gunakan sama dengan resepi Ayam Masak Kari Pakistan ialah penggunaan bawang besar dan tomato! Tumis sehingga bahan-bahan tadi hancur dan bila pecah minyak, barulah Amie masukkan sotong. Sotongnya pula, Amie celur terlebih dahulu supaya apabila Amie masak, tidaklah perlu mengambil masa yang lama selain mengelakkan keluar air sotong dalam masakan.


Bahan-bahan:
600 gram sotong - bersihkan dan potong ikut citarasa - celur seketika dan toskan airnya
2 sudu besar rempah kari ikan
3 labu bawang besar - cincang
3 biji tomato merah - cincang
3 tangkai cili hijau - hiris
2 cawan air
1/2 cawan minyak 
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan bahan kisar dan masukkan sekali serbuk rempah kari.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur dan terbit minyak.
5. Masukkan sotong dan hirisan cili hijau, seterusnya perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau rata dan masak kurang dari 1 minit. Padamkan api dapur

2 ulasan:

kasihilmar.com berkata...

Masakan Amie sentiasa nampak menyelerakan!

laman sihat berkata...

nampak sedap..boleh cuba ni,,hehe