ADSENSE

Khamis, 2 Julai 2015

Hidangan Berbuka Puasa : Jom Cuba Soto Perut!

Ramadhan sudah di pertengahan....
Ikut tradisi sebelah Encik Suami, malam ini mereka menyambut 'malam ketupat' seperti yang pernah Amie ceritakan DI SINI. Amie copy paste dari entri lalu...

Pernah dengar istilah malam ketupat? Malam ketupat merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu Cocos menyambut malam ke 15 sempena berpuasa di bulan Ramadhan. Pada malam tersebut, biasanya mereka akan membawa ketupat  ke masjid dan akan bertukar-tukar ketupat selepas solat terawih sesama mereka. Isi ketupat terdiri daripada beras pulut, dan adakalanya diisi dengan kacang tanah, atau kacang hijau dan juga udang kering, dan ada juga yang kosong begitu sahaja.

Wokey... itu sedikit perkongsian budaya tentang masyarakat Melayu Cocos. Tapi untuk menu berbuka Amie kongsikan pula hidangan yang Amie kongsi daripada rakan-rakan Bugis. Kali ini Amie hidangan Soto Perut. Boleh klik DI SINI untuk info lebih lanjut. 


Bahan-bahan:
1kg perut lembu
1.5 liter air
2 batang serai - diketuk
3 cm kulit kayu manis
1 cawan kacang tanah - goreng / sangan - kisar halus
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 sudu makan ketumbar biji - sangan 
1 sudu teh  jintan putih - sangan
1 sudu teh  jintan manis - sangan
2cm lengkuas
2 cm halia
1 sudu makan  lada putih / hitam
2 sudu rempah sup / 1 bungkus sup bunjut - jika suka



Bahan pelengkap hidangan:
2 bungkus nasi himpit - (pilihan: buras / suhun)
bawang goreng
daun sup / daun bawang
limau kasturi
sambal taucu - tumis cili padi tumbuk bersama sedikit taucu, perasakan dengan garam dan gula 

Cara:
1. Rebus perut sehingga empuk bersama serai dan kulit kayu manis di dalam 1.5 liter air.
2. Keluarkan semua bahan rebusan dan hiris-hiris nipis dan masukkan semula ke dalam periuk rebusan tadi.
3.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan bahan tumisan ke  dalam periuk yang berisi air rebusan dan hirisan rebusan tadi. Biarkan mendidih.
5. Masukkan sedikit demi sedikit kacang tanah kisar. Kacau rata.
6. Perasakan dengan garam dan bahan perasa pilihan supaya rasanya seperti yang dikehendaki.
7. Hidangkan bersama dengan nasi himpit atau  buras / suhun celur.
8. Lebih enak jika dtaburi dengan hirisan daun sup atau daun bawang serta bawang goreng.
9. Jika suka bolehlah perahkan jus limau kasturi.
10. Lengkapkan hidangan dengan sambal taucu.


Mmmmm.... tiba-tiba teringin pulak nak makan perut celur cicah air asam!


3 ulasan:

suhailey mohd noor berkata...

nampak menarik
hihi x pandai nak buat walaupun ade resepi

Cik Wan berkata...

ayat yg last tu membuatkan kecur mulut cikwan...air asam perut lembu..sedaaapppnya

kasihilmar.com berkata...

saya tak pernah masak soto perut, nampak macam menarik !