ADSENSE

Sabtu, 4 Julai 2015

Hidangan Berbuka Puasa : Asam Pedas Udang Harimau

Orang kata, udang dimasak apa pun tetap sedap. Memang betul... , benar!  Udang sudah mempunyai rasanya yang tersendiri. Kita hanya perlu olah dengan bahan yang dikehndaki dan hasilnya memang tak akan mengecewakan!
Kali ini Amie ingin kongsikan resepi Asam Pedas Udang Harimau. Jika anda tidak menggemari udang harimau disebabkan isinya agak keras sedikit berbanding isi udang lain, bolehlah gunakan udang kertas atau udang galah atau jenis udang lain yang lebih lembut.

Bahan-bahan:
500 gram udang harimau - bersihkan, belah belakang dan buang uratnya
7 biji belimbing buluh - belah dua 
5 helai daun limau purut
1 batang serai - diketuk
2 keping asam gelugur - boleh kurangkan sebab belimbing buluh pun akan keluarkan rasa masam)
5 sudu besar minyak
1 cawan air - jika suka kuah cair boleh tambahkan air
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
3 cm kunyit hidup

3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm belacan
1/2 sudu teh lada hitam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan asam gelugur.
3. Setelah kuah mendidih, masukkan udang harimau.
4. Biarkan masak selama lima minit (atau kurang dari 5 minit). Balik-balikkan udang sekali-sekala.
5. Masukkan daun limau purut dan kacau sekali dua.
6. Setelah daun limau purut berubah warna, perasakan masakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.

Amie suka kuah asam pedas yang agak pekat....

5 ulasan:

Eellee Nana berkata...

Berselera betol tgk, boleh cuba buat berbuka nanti

Wani berkata...

salam singgah kak amie.. ..bukan sebarang udang tu.. nampak sangat sedap

Lee berkata...

Hello Amie, ini saya Lee dari Canada. How you doin'? I love your this assam dish....one of my favourites. And yours looks so delicious, saya suka the colour of your asam gravy...the udang looks sedap best tu.
Agak nya masuk satu spoon dalam mulut boleh lupa nama mak, ha ha.
Have a fun weekend. Oh ya, selamat berpuasa. Simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

Eny Abdullah berkata...

betul tu kak ami, udang kalau masak apa pun sedap.. digoreng saja pun sedap.. inikan pula masak asam pedas.. aduhhhh

kasihilmar.com berkata...

menggamit selera!